Khamis, 16 Oktober 2014

Pengalaman: Pembedahan pembuangan Cyst (Part 2)


Entri sambungan dari entri INI.

01 Oktober, rabu, pukul 8 pagi atie kekonon macam rileks (padahal dalam hati Allah je tau betapa nervousnya) di temani hubby pergi lah menyerah diri ke Hospital. Pembedahan dijadualkan pada pukul 1 tengah hari. Doktor dah siap pesan supaya banyak rehat di rumah sebelum pergi hospital. Kebiasaannya, if kita ada insuran dan kos pembedahan di cover oleh insuran, doktor sarankan kita admit sehari sebelum operation. Bagi memastikan kita dapat rehat yang secukupnya. Tapi, memandangkan kitorang bayar sendirian berhad, so doktor pun consider la untuk admit pada pagi sebelum pembedahan dijalankan. Just kena rest cukup-cukup kat rumah dan kena berpuasa start dari malam tu..

Sampai di hospital, kitorang terus daftar dekat kaunter dan diberikan bilik mengikut pilihan kita. Dekat Columbia Hospital ni ade 3 pilihan bilik. Single, 2 katil dan 4 katil. Untuk bilik yang ada 2 dan 4 katil famili tak dibenarkan untuk tidur di hospital, sebab ada patient lain kan. So, atie decide untuk pilih bilik single supaya hubby boleh tidur sekali kat hospital.. Mahal sikit la kan... RM195 untuk 1 malam kalau atie tak silap.

Dah dapat bilik, masuk bilik dan nurse pun mula la buat keje diorang. Cek tekanan darah, suhu badan, ambik sample darah n macam-macam lagi la... atie da pasrah je... huhu.. Dalam pukul 10 lebih macam tu, doktor bius datang. Dia terangkan apa yang dia akan buat dan termasuk risiko ubat bius. Sepanjang pembedahan berlangsug, atie akan di bius penuh, memang langsung tak sedar. Dan di bius menggunakan gas.. 

Doktor bius dah keluar, atie ngan hubby pun tengok la tv... sambil tu, hati memang lansung tak tenteram... huhu... Dalam pukul 11 lebih nurse suruh tukar baju. Baju yang ade 1 tali je kat belakang tu.. huhu.. dah siap tukar, tunggu lagi sambil tengok tv.. Pukul 12 lebih macam tu, sorang nurse lg masuk cakap operatipn mungkin lambat sikit memandangkan ada kes emergency. Sambung lagi tengok tv... hehehe... asyik tengok tv je kan...

2.15 petang, okdah sampai masa kita balik ke alam realiti. Nurse datang dan bersedia tuk bawa atie ke bilik operation.. Dalam perjalanan ke bilik operation tu atie baring je la sambil doa dan zikir tak putus-putus.. huhu... di bilik operation, kena tukar katil pulak, n nurse dari wad td serahkan dokumen pada nurse yg bertugas di bilik operation. Sementara tu, atie di tempatkan macam kat tempat menunggu la... tapi tak lama pun.. bilik operation ni serius sejuk... nurse bawakkan warmer tuk panaskan badan... Lepas doktor bius datang dan cucuk jarum tuk masukkan air, atie di tolak masuk ke bilik operation... Nurse, doktor pakar O & G dan doktor bius semua masuk, alat pantauan di pasang di beberapa badan atie, bius melalui gas (sedut) pun di berikan. Berapa kali sedut atie tak pasti, terus tak sedar apa-apa dah... huhuhu...

Sedar-sedar je, atie dah berada di tempat menunggu yang mula-mula tadi... Sedar tapi masih mamai. Nurse tolak balik ke wad atie. Dekat pukul 5 petang jugak time tu xsilap. 24 jam selepas pembedahan, atie memang tak boleh bergerak dan makan, kencing pun menggunakan tiub je... dan sepanjang tempoh tu atie diberkan morfin (ubat tahan sakit).. Effect die pada atie, memang lalok la... kejap2 je dah tertidur, dan menyebabkan mual cuma tak muntah la... 

24 jam selepas pembedahan, tiub kencing di bukak, dan doktor mula suruh atie bangun dan bergerak.. Sakit memang sakit la, tapi doktor memang suruh bergerak... kena tahan sikit la kan... Nasib baik hubby memang temankan atie dekat hospital 24 jam, so nak bergerak ke tandas dan sebagainya ada la yang temankan... 

Sepanjang berada di hospital, luka pembedahan dan sebagainya memang di pantau sepenuhnya. Hari jumaat, masa untuk scan baby. Alhamdulillah baby dalam keadaan baik. Doktor bagitau, if atie operate tapi tak mengandung, hari jumaat dah boleh balik dah. Memandangkan atie mengandung, so kena pantau lebih lagi... So, doktor hanya benarkan atie balik pada hari sabtu. 

Alhamdulillah, dah boleh balik. Tapi tempat operation masih sakit lagi. Duduk dalam kereta, jalan tak rata sikit pon dah terasa sakitnya.. huhuhu... Selepas lebih kurang 2 minggu, alhamdulillah dah makin ok... cuma elakkan buat kerja-kerja berat dulu... 

Selepas seminggu operation, atie pergi follow up di hospital alhamdulillah semua dalam keadaan baik. baby pun ok.. harapnya takde masalah dah lepas ni dan baby dapat membesar dengan sihat...

Cerita macam sikit kelang kabut... hehehe... nak cepat punya pasal.. xpela, at least ade utk kenangan... hehe..


3 ulasan :

Tasao Yumiko berkata...

Salam dear,

saya pun baru lepas operate cyst.. 13cm..kena ceaser mcm bersalin..
lepas operate ni tetiba peknen pulak.. huhu.. rezeki yang tidak disangka2.. :)

cepat2 sembuh yer dear...

cik atie berkata...

tq sis... aha, atie pon kena operate macam bersalin jgk... lebih dari sejengkal die bukak.. huhu...

alhamdulillah, rezeki la tu kan... take care ^_*

Unknown berkata...

Allah.. mencabar juga operate time preggy pulak.. syukur Alhamdulillah baby baik2 je kan.. harap2 baby selamat n sihat sampai bersalin nnt yer yunk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...