Rabu, 18 Mei 2016

Kek Butter yang sangat moist


Hai, lama tak bersiaran. tapi resepi kek butter yang gebu gebas ni menyebabkan atie sign in blog semata-mata nak simpan resepi kat sini. Berguna juga blog ni untuk simpan resepi, boleh refer pada bila-bila masa bila kita perlukan.. hehe

Resepi asal atie ambik dari Azie Kitechen.

Bahan bahan:
250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang yang dah di sapu dengan butter dan tepung sedikit.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota:
Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.







 Alhamdulillah, hasilnya memang kek butter ni sangat gebu dan sedap. Hubby sampai request untuk baking lagi kek ni... Mertua pun suka.. :))

Khamis, 10 September 2015

Hanaa genap 6 bulan


8 hari bulan lepas Hanaa genap bulan. Bermula lah masa untuk bagi hanaa solid food. Atie mulakan dengan puri kentang. Alhamdulillah, dia makan. Tapi pada malamnya, Hanaa tidur tak nyenyak. Kerap bangun dan agak merengek. Atie rasa maybe kembung / perut tak selesa.

So, hari kedua atie stop bagi hanaa kentang dan bagi hanaa puri lobak merah pulak. Macam sebelumnya, hanaa tak menolak. Makan sampai baju atie pon kena dia punya puri tu.. huhuhu... Alhamdulillah, malam pun tak merengek. 

Lepas tu atie ade bagi jugak puri sweet potato... Ni lagi die suka. Sampai terbalik mangkuk dia kerjakan... huhuhu... Baki sweet potato tu mama ngan papa yang ngap.. hahaha... sedap tu, manis sangat...  

Kentang, lobak dan sweet potato semua ni atie rebus dahulu, kemudian blenderkan dengan sedikit air dan tapis...

Ya Allah, rasa bahagianya tengok Hanaa makan dengan penuh selera... Moga hanaa membesar menjadi anak yang solehah sayang.

Tapi, gambar semua tak sempat nak ambik... Hanaa kalo time dia nak makan, tak boleh lambat sikit... nanti dia bising... So, malas nak bagi dia bising bagi je la cepat2... huhuhu...

Mula-mula ni semua menu simple je... Bila dah 7 bulan nanti baru ingat nak bagi bubur + sayur + ikan / ayam macam tu... Harap-harapa la hanaa suka... bole mama masakkan tiap hari... entah2 mama ngan papa pun join makan bubur sekali plak nanti...


Isnin, 17 Ogos 2015

Hanaa Milliyya dah 5 bulan.


Alhamdulillah, tak terasa Hanaa dah masuk 5 bulan 8 ogos lepas... Atie sekarang pun tengah semangat kumpul resepi solid food untuk hanaa... Buat masa sekarang Hanaa masih fully bf.. Alhamdullilah...


Makin besar, makin banyak akalnya... huhu...


Sekarang, buat kerja semua macam kartun... kadang-kadang, hanaa tidur kejap je... kerja-kerja rumah kena pandai-pandai la bahagikan masa.. utamkan yang penting dahulu... kalau hanaa da bangun, memang sepenuh perhatian tumpu kat hanaa je... bila dah tidur balik, baru sambung buat kerja yang tertangguh... bila mas dia tidur lama tu, baru la dapat buat kerja dengan tenang dan berehat.... 


Sibuk macam mana pun dengan kerja rumah dan anak, hati puas bila dapat tengok anak membesar depan mata sendiri... Alhamdulillah...


Mungkin lepas ni, atie akan share banyak resepi makanan untuk hanaa pulak kan... in sha Allah jika diberikan kelapangan... tak sabar dah nak bagi hanaa makan... hanaa sekarang pon suka sangat menghisap... semua benda kalau dia dapat, dia akan masuk mulut... risau kadang-kadang... ya la, bukan semua benda yang dia pegang tu bersih kan... huhu.. hati ibu la kata kan...


Apa-apa pun, moga hanaa membesar dengan sihat, bijak dan jadi anak solehah buat mama dan papa... amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...