Jumaat, 4 Mac 2011

::: Ku ada Kamu :::

Assalamualikum semua...



Petang-petang ni kita layan lagu ni ek... lirik lagu ni sangat bermakna bagi miss atie tau... nak tau kenapa bermakna???? Hayatila lirik lagu ni ek... miss atie suke sangat100x.... ^_^.. teringat dekat seseorang.... hikhikhik....

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Nota kaki:
"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

Daaa semuaa... sampai jumpa lagi.... ^_^

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...