Jumaat, 1 April 2011

Lapis roti berdaging

Assalamualaikum semua...

dah 2 3 hari ni fikiran asyik kusut n bercelaru... Alhamdulillah, mengharapkan hari ni lebih baik dari hari2 semalam... xperlu kata ape2...senyummmmmmmmm je kn... alhamdulillah, masih bole lagi tersenyum... ^_^...

Entri kali ni Miss atie nak share resepi 'Lapis roti berdaging'... buat beberapa hari yang lepas, tapi di sebabkan fikiran n emosi x stabil, so baru post hari ni.... Resepi ni Miss atie dapat dari My resepi, resepi dari kak umi kalo xsilap... mintak izin copy n paste kat cni ek kak umi... ^_^

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam

2. Satukan Susu+telor+secubit garam

3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati

4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi

5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi

6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas

7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti

8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti

9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)

10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat

11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka

12. Boleh juga dihidangkan dengan sos

Senang je kan... tapi hari tu Miss Atie xletak daging tapi tukarkan ngan ayam... coz xde daging... masih sedap gak... leh jgk di ubah suai ikut selera masing-masing.... hehehe...

Nota kaki:
Cube, jangan xcube... yummy..... Miss atie dpt lagi tempahan kek karamel... walaupun rupe kek karamel yang miss atie wat tu xcun, tp rs ttp marvelous tau.... cube sekali, terus oder... ^_^... Alhamdulillah, semoga rezeki ni berterusan....

Ddaaa semuaaa.. sampai jumpa lagi....

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...