Jumaat, 29 April 2011

:: Kecewa itu GURU ::

Sekadar renungan bersama.........

  • Jika seseorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' untuk mengajar kita erti 'sabar'.

  • Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.





Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarlah bahawa hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Tujuan utama 'didikan' ini datang kepada kita adalah untuk mengubah kita.

Perubahan tidak dapat di elakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan beterusan. Perubahan sentiasa berlaku dan ia adalah di luar kawalan kita.
Apa yang boleh kita ubah adalah 'diri sendiri'. Jadi berubahlah mengikut haluan dan kawalan sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta ' kekasih kita' mengawal hidup kita.

Bijak pandai pernah berkata ' we cannot direct the wind but we can adjust our sail'.
Malangnya ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Dan ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!!!

Petikan yang Miss Atie baca dalam buku 'tentang cinta oleh Pahrol Mohd Juoi'.. untuk yang pernah merasa kecewa atau pernah dikecewakan, sesuai untuk motivasi diri....
^_^...

"orang yang membunuh diri kerana cinta belum kenal cinta Allah"

2 ulasan :

sufian berkata...

nice entry miss atie... renungan seketika...

miss atie berkata...

tq... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...