Ahad, 5 Jun 2011

Peraturan bercinta....

Entri sambungan daripada entri ini... dengan tajuk.... peraturan cinta.... juga daripada hasil pembacaan Miss Atie daripada buku tentang cinta.... ^_^



  • Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.

Maksudnye, cinta yang kita beri kan adelah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Cintailah sesiapa pun juga tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Oleh itu, usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. jika tidak, jangan bercinta dahulu. Tangguhkan, katakan pada diri 'Aku hanya tertarik atau minat' Simpan dan pendam perasaan itu sedalam-dalamnya....

  • Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar....

Antaranya, tiada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada pendedahan aurat.... Tidak mustahil sekiranya ade yang mengeluh dan berkata 'cinta apa namanya ini jika tiada dating, perbualan telefon secara marathon, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan dan sebagainya?" Tapi semua itu hanya keindahan yang sementara dan merupakan racun cinta... Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan....

"Manusia akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah"

Sekiranya peraturan cinta ini di tepati, insyaAllah akan ada manisnya cinta bila tiba masanya kelak.... ^_^... panduan bagi diri Miss Atie jugak... Selamat beramal......

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...