Jumaat, 8 Julai 2011

muffin chocolate

Morning....
Harap2 nye semua ceria2 selalu...
Aminnnn....
Breakfast ape hari ni???
Miss Atie breakfast ngan muffin jek hari ni... Syukur... Rezeki jugak kn.... heeee
Muffin ni hasil tung tang tung tang kat dapur lepas balik keje semalam....
Resepi dari sorang blogger masakan terkenal... heeee...
resepi asal dari yanie dan di kongsi semula oleh hasue....




Bahan-bahan ( 10 biji )


  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • almond nibs secukupnya(optional)

Cara-cara


  • Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  • Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  • Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  • Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  • Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  • Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.


Jom, cuba... xrugi... memang sedap wa cakap luuu.... heeee... ^_^

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...