Ahad, 18 Disember 2011

Butter bread pudding with sauce castard



Selamat berhujung minggu korang... meh duk rapat-rapat, atie nak share resepi hari ni... (berangan-angan nak masuk master chef)...


Menu ni atie baru try petang semalam... banyak dugaan nak buat bread pudding ni... antaranye, tengok kat bawah ni...



hmmm, soket ni sampai hangit... huhuhu.. kecoh kejap 1 rumah ngan bau hangit soket ni...


dalam hangit-hangit tu, proses memasak bread pudding terpaksa dihentikan... hahaha.. (alamat tak jadila bread pudding ni).. kehkehkeh... dah ade power extension baru, baru sambung bakar balik... hehehe...



at last, jadi jugak bread pudding versi atie dan soket hangit... hahaha... jom kite tengok resepi pulak ok...


Resepi asal dari K.Nor@SecubitGaram


10 - 12 kpg roti
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.


SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.


Selamat mencuba... sedap nye... yummyyy!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...