salam pagi jumaat.. sihat?? dah breakfast?? cuaca kat tempat korang cam ne? kat tempat atie, tengah hujan lebat sekarang... shheeejuuukkk... doa atie semoga semuanye baik-baik dan sihat k..
pagi ni atie nak share 'Tanda lalu lintas cinta'. Jangan tak tau ok, bercinta pun ada tanda-tanda lalu lintas yang kite kena ketahui...
- Di larang U-turn
jangan berpatah balik.. sekiranya dah berpisah tu, kena la fikir betul-betul sebelum nak jalinkan semula hubungan yang dah putus tu..
- Jalan 2 hala
komunikasi dalam bercinta, kena ade tolak ansur, give and take... jangan nak dengar cakap salah sorang je..
- sedang dalam pembinaan
dalam nak kenal hati budi masing-masing tu jangan la terlalu memaksa dan mendesak... slow-slow ok... dan jangan hipokrit.. terima seadanya dia..
- Jalan bengkang-bengkok
ingatlah, hubungan yang korang lalui tu masih jauh dan penuh berliku.. setiap hubungan pasti akan ade masalah.. lalui dengan sabar..
- Jalan sempit
kena la sentiasa bertolak asnur, mengalah dan jangan mementingkan diri sendiri.. cakap nak hidup sama-sama sampai bile-bile kan.. hehe
- Awas! Jalan berbukit
Jangan terlalu cepat membuat keputusan. Fikir semasak-masaknya.. terutama keputusan dalam soal hidup dan masa depan..
- Jarakkan kenderaan
biarpun korang dah declare, beri masa untuk hal-hal peribadi masing2. Jangan terlalu mengongkong dan jangan pulak terlalu jauh jaraknye.. hehe
- Berhenti
kalau dah rasa, sebuah perhubungan tu memang tak boleh nak di teruskan, baik berhenti.. insyaAllah, Allah ade insan yang lebih baik lagi daripada dia untuk korang...
sekadar perkongsian ok... Tak de kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun dah mati..
Thank you for reading..
sumber: pemaniskata
Tiada ulasan :
Catat Ulasan