Salam sayang korang.. tajuk ceramah kita pada hari ini adelah 'menguap boleh berjangkit' hehe..
Tapi betul ke menguap boleh berjangkit... Ingat lagi kenangan masa sekolah menengah dulu, kalo masa tazkirah dekat surau atau bacaan al-quran anta maghrib dan isya tu adelah masa yang sangat-sangat kritikal... sebab ape?? sebab masa tu la akan rasa mengantuk yang amat sangat...
kadang-kadang tengok kawan sebelah lentok je lena, mesti secara automatik akan menguap dan rasa mengantuk jugak... kelakar bila teringat balik... kalo dalam kelas pulak, subjek yang atie paling selalu menguap adelah subjek sejarah... ntah kenape ntah, belajar sejarah je menguap dan ngantuk... patut la tak pandai sejarah... hehehe
ok, yang atie nak share ngan korang ni adelah 1 kajian, betul ke menguap boleh berjangkit... jom kite bace sesama:

LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.
Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.
Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.
Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.
Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.
Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya. - Agensi
Sumber: Berita harian online 12/12/11
2 ulasan :
kita pun pernah dengar . tak sangka betul . hihi
Betul. Kalau ada yg menguap, mesti ada yg silih berganti ikut menguap jugak.
Catat Ulasan