Ahad, 15 Julai 2012

Cahaya Qaseh...



Sebuah novel yang atie baru beli baru-baru ni... keluaran Mei 2012, kira belum terlambat la tu kan?? hehehe...

Sedikit sebanyak tersentuh jugak dengan jalan cerita novel ni di mana:

 novel ini mengisahkan kehidupan Cahaya Qaseh yang sangat tabah menghadapi dugaan demi mencapai sebuah kebahgiaan... Dugaan datang disebabkan, cahaya qaseh kelihatan begitu sempurna di mata orang sekeliling sehingga menimbulkan rasa cemburu di mata dan di hati wanita lain.

Amri, Iman dan Aiman 3 orang lelaki yang sangat menyayangi dan mendambakan cahaya qaseh.. Namun cahaya qaseh nekad memilih aiman sebagai teman hidup dan menyebabkan orang sekeliling semakin mencemburui kebahagiaan pasangan tersebut termasuk wafin, syuhada dan aunty norli... pelbagai rancangan buruk direncanakan semata-mata untuk meruntuhkan mahligai bahagia milik cahaya qaseh dan aiman...

Macam-macam dugaan, dan fitnah yang diorang terima sehingga kadang kala hubungan mereka menjadi goyah. Namun berkat kepercayaan dan keyakinan antara mereka, dugaan dan fitnah yang datang, alhamdulillah dapat di lalui dengan tabah dan akhirnya kebahagiaan tetap menjadi milik mereka...

Hampir menitik jugak la air mata bace novel ni... wahhhh, tengok tu.. memang betul-betul menghayati... ke jiwang?? wakaka.. ape-ape je la kan.. janji hepiii...

Overall, sebuah novel yang best... banyak pengajaran untuk sesebuah perhubungan dalam novel ni.. ^_*


2 ulasan :

Cik Rongoks berkata...

kena cari nie ^^

Kathy Tuah berkata...

as'salam atie..

terima kasih sbb dah mendapatkan Cahaya Qaseh.. terima kasih jugak atas entri ni..

syukur sangat sbb awak suka karya yg x seberapa ni :')

terima kasih sekali lagi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...