Isnin, 24 September 2012

Suamiku Encik Perfect 10!

 

Selamat pagi isnin... Tajuk entri tak boleh blah... tapi, jangan kelam kabut semua, atie memang belum kahwin... masih single lagi, tapi tu hanyalah tajuk sebuah novel... Atie ni memang kaki novel, cuma kadang-kadang je sempat share kat belog ni novel yang atie dah baca...


Novel ni atie beli online je, dapat dalam 2 minggu lepas tak silap... Novel ni memang BEST.. cerita berkisar dengan seorang perempuan (Aleeya Azmeen) yang dirogol oleh kekasih dia sendiri sampai mengandung dan lepas tu ditinggalkan... Dalam perjalanan balik ke Malaysia, duduk pulak sebelah Zarief Danial yang dengan SANGAT BAIK HATI menawarkan untuk jadi suami sementara kepada Aleya Azmeen.. (Agak-agak betul-betul wujud tak orang macam ni??)

Sepanjang seminggu mereka berlakon sebagai suami isteri, dekat situlah Aleeya mendapati yang Zarief tu adalah suami perfect 10 untuk dia.. sebab Zarief jaga dia betul2 macam seorang suami yang sangat perfect..

Namun begitu, disebab tamak kan harta, keluarga bekas kekasih Aleeya (yang rogol Aleeya tu tadi) nak tuntut anak yang Aleeya kandungkan. Selepas seminggu berlakon, Aleeya dan Zarief berpisah. Masa ni baru la mereka sedar yang mereka sebenarnya dah jatuh cinta. Pelbagai halangan dan kejadian berlaku termasuk dengan ego masing2.. (sakit hati gak baca time ni.. hehe)

Nak tau mereka akhirnya dapat bersama ke tak, kena la baca sendiri kot... tak suspen dah kalo atie semua dah cerita kat sini kan... tapi, rasanya korang mesti dah boleh agak...

Secara keseluruhannya, atie suka novel ni.. tak terlalu sempao dan tak terlalu complicated bila baca... ^_^

2 ulasan :

MAY berkata...

ALAHAI...CITE LA SMP HBS,,,,

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Jarang jumpa lelaki baik macam tu sanggup nk jadi suami sementara..
macam best jer jalan citer ni..
dah lama tak baca novel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...