Rabu, 3 Oktober 2012

Resepi kek Span pandan

 

Alahai, resepi lagi... mesti ade yang terfikir cam tu... tak nak baca sila tutup mata ok.. straight pada tajuk entri, bahan-bahan nya adalah:

1. 1 sudu ovallet
2. 150 gram gula (boleh kurangkan kalo xnak manis)
3. 5 biji telur ayam
4. 1 sd baking powder
5. 150 gm tepung gandum
6. 80 ml minyak masak / mentega dicairkan
7. 80 ml susu cair (atie just bancuh susu tepung ngan 80 ml air je)
8. sedikit esen vanilla
9. perisa pandan dan pewarna hijau
10. perisa coklat (hanya untuk hiasan, tak nak pun xpe)

Cara-cara:
1. pukul gula dan ovalet bagi sebati
2. masukkan telur... (pukul lama sikit, sampai telur betul2 naik dan adunan jadi warna putih)
3. masukkan esen vanilla
4. turunkan kelajuan mixer dan masukkan tepung silih ganti dengan minyak masak dan susu sampai habis.
5. masukkan baking powder...
6. masukkan perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
*** kalo nak letak jugak hiasan / marble atas kek boleh asingkan sedikit adunan untuk di masukkan perisa coklat.
7. Griskan loyang dengan marjerin.
8. dibakar dengan suhu 160 darjah celcius *part ni kena biasa dengan oven masing-masing, kadang-kadang lain oven lain suhu yang di perlukan* dalam masa 45 minit / sehingga masak.

 
*untuk minum petang semalam... ckit terlebih bakar, tapi part kerak tu yang memang sedap bila makan panas-panas... hehe...

*yang coklat kat atas tu hanyalah hiasan semata-mata.. ambik sedikit adunan, masukkan perisa coklat, dot dot kan kat atas kek kemudian lorek ikut suka guna lidi...

*tak rugi korang cuba sebab hasil dia memang marvellous... selembut kapas.. dah sejuk pon masih lembut.. memang betul2 kek span la ni...

~~~ selamat mencuba, tak faham boleh tanye ^_^ *konon2 macam pandai sangat ~~~

3 ulasan :

EkaTikah berkata...

wah, boleh cube kat rumah nnt resepi nie.. hihi..hope menjadi :D

MAY berkata...

RAJIN3.....

cik atie berkata...

mesti cuba... mudah dan memang sedap... makan panas2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...