Jumaat, 26 April 2013

Ragam pelanggan VS Ragam penjual


Hallluuu korang. Selamat Hari jumaat. Mesti senyum sampai ke telinga hari ni kan. Al-maklumlah dah hari jumaat, minggu gaji pulak tu. hehe..

Berbalik pada topik asal, 'ragam pelanggan VS ragam penjual'. Trend masa kini kan, semua di jual dan di beli secara online. Walaupun atie just buat bisnes kecil-kecilan je, tapi tetap jugak melayan macam-macam ragam pelanggan kan. Ada yang senang je nak berurusan, ada pulak yang agak cerewet. Tapi, lumrah peniaga kena la layan sebaik mungkin kan. 

Ragam pelanggan:

Beli dengan orang lain, tapi tanya macam-macam pada kita. Yang ni atie boleh tahan lagi la. Atia akan jawab dan tolong apa yang atie boleh tolong.

Oder banyak-banyak, lepas tu cancel order. Hurrmmm, part ni kadang-kadang atie sedih jugak. Kalo korang kat tempat atie, korang sedih tak? Tapi, nak marah pun tak de guna kan. So, doa je la moga-moga barang tu nanti akan ada pembeli yang lain. Sentiasa fikir positif.

Kadang-kadang ada yang dah konfem order, tapi bila tunggu part bayaran, sampai sudah tak buat bayaran. Part ni biasanya, atie akan tanya sekali je. Lepas tu kalau masih tak buat bayaran jugak, atie akan jualkan pada orang lain pulak. Ya la, kita peniaga pun nak kena pusing modal kan. ^_^

Dari pengalaman atie sebagai peniaga ni, bila atie nak beli dengan orang lain atie akan pastikan atie tak bersikap macam tu. Sebab atie tahu macam mana perasaan diorang kalo atie buat macam tu pada diorang.

Ragam penjual:

Lambat reply bila komen / PM. Hehe.. Atie pun selalu lalui benda ni. Kita kadang-kadang nak cepat, tapi penjual lambat pulak reply. Tapi, pembeli-pembeli seharusnya bersabar la. Ya la, kadang-kadang penjual tu bukannya ada sorang customer je kan, dan kadang-kadang tak kan la penjual tu nak online depan laptop 24 hours kan.

Kadang-kadang, nak kita buat bayaran cepat, tapi bila time nak pos barang, lambat. Hehe, part ni kadang-kadang yang buat customer sakit hati kan. Seelok-eloknya, nak customer cepat bayar, pos barang pun kena la cepat jugak. ^_^

Kualiti tak seperti yang dibayangkan. Yang ni adatlah bila beli online kan. Ya la, kita just tengok gambar je. So, penyelesaiannya customer kena pastikan betul-betul kualiti barang dengan penjual. Atie pernah terkena, bila beli tudung bawal secara online. Beli dari 2 penjual berbeza. kedua-duanya cakap bawal bidang 45. Tapi bila dah dapat tudung nya, sehelai tu lagi besar dari yang satu lagi. Padahal 2 2 cakap bidang 45 kan. 

Hurrmmm.. Hehe, Nasib baik atie ni jenis tak cerewet sangat. Redha je. Ish, kali tu je redha. Kalo terkena lagi, mau kena tuntut. hehe.

Peniaga-peniaga semua dan pembeli-pembeli semua, sila lah bekerjasama dengan baik. Hehe. Sekurang-kurangnya tak menyusahkan kedua-dua belah pihak. Sekian sahaja ceramah atie pada hari jumaat yang mulia ni. ^_*

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...