Khamis, 25 Julai 2013

Resepi: Ayam goreng berempah

 

Sebenarnya, menu ni adalah menu berbuka puasa beberapa hari lepas. Terhegeh-hegeh baru nak update hari ni. Update pun bukan apa, senang nak simpan resepi. Blog atie ni kadang-kadang jadi macam buku resepi. Senang untuk di rujuk di kemudian hari kononnya.

Atie ambik resepi yang simple je. In sha Allah bahan yang sentiasa ada di rumah setiap hari.


Bahan-bahan:
  • kepak ayam (5 ketul)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • serbuk kunyit
  • garam
  • serbuk kari
  • daun kari
 Cara-cara:

Bahan yang bertanda * kisar halus. Campak semua bahan dalam 1 bekas, dan gaul sehingga semua rata dan sebati. Perap dalam 2 jam, dan boleh la di goreng. Siap. Boleh di hidangkan. 

3 ulasan :

ayuzan berkata...

waaa...sedapnyaa..

cik atie berkata...

in sha Allah, sedap.. :)

TiranaAduka berkata...

banyak menu kt blog atie ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...