Sabtu, 20 Julai 2013

Masa yang kurang sesuai


Fuuuhhh... nak luah ke tak.. nak luah ke tak.. Mungkin akan ada yang kurang senang dengan luahan atie ni / cakap atie ni jahil ke ape..

Tapi, alkisahnya... Teman sekerja kita duk mengaji sedangkan waktu tu waktu bekerja. Kerja kita yang handle sorang, sebab dia mengaji. Yes, atie tau mengaji memang ibadah sunat, tambah-tambah di bulan Ramadhan.

Tapi, korang bayangkan.. Customer ramai, sistem yang baru, baru je update. Bila sistem baru, konfem awal-awal penggunaan memang sangat banyak kekurangan. Dan dah tentu sekali akan jadi kelam-kabut sikit. Semua korang handle sorang. Sebab? Sebab dia tengah mengaji.

Hurrmmm.. Entah la.. cakap susah, tak cakap susah.

Cuma, bagi atie masa tu tak sesuai la. Apa kata, kalo nak mengaji pun selepas sahur, sebelum sembahyang subuh / selepas balik tarawih pada sebelah malam. kalo x pun, selepas zuhur masa lunch hour. Di rumah, bukan di ofis semasa tengah bekerja.

Serius, sekarang atie rasa macam sangat menjengkelkan ok kelakuan macam tu + menunjuk-nunjuk + riak kat depan semua orang.

Malas da nak cakap panjang-panjang. Maaf kalau ada yang rasa pendapat atie ni salah, dan terima kasih pada yang sudi baca luahan hati tak seberapa ni.

peace.. ^_^ bulan ramadhan, tak baik marah-marahkan. Menunjuk-nunjuk lagi la tak elok.. :p

3 ulasan :

Ann Ishak berkata...

baca al-Quran itu ibadah, bekerja tu amanah/tanggungjawab. wajib untuk kita menunaikan/utamakan amanah atau tanggungjawab tu dahulu.

ayuzan berkata...

mmg xboleh. dia dibayar gaji utk bekerja. amanah itu lebih aula dari ibadah sunnah nya...

TiranaAduka berkata...

setuju dgn pendapat ann.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...