Khamis, 25 Julai 2013

Resepi: Begedil ke Bergedil

 

Begedil ke bergedil?

Atie pun kurang pasti. Tapi mesti korang dah dapat bayangkan resepi ape yang atie nak tulis ni kan. Resepi ni first time atie cuba buat sendiri. Makan pernah la sebelum ni. Tapi, beli je. Rupa-rupanya, tak la susah mana kan buat begedil ni. 

Begedil ni boleh di makan ngan nasi, soto, mee hoon sup atau di makan macam tu je. 


Ni hasil percubaan atie semalam. Alhamdulillah, berjaya. Rasa pun sesedap mee sedap. ^_*

Bahan-bahan:
  • Kentang 2 biji (atie guna kentang yang agak besar)
  • isi ayam (100 gm - 200 gm)
  • Daun kucai / daun sup (atie guna daun kucai)
  • 1 bj bawang merah
  • garam (secukup rasa)
  • lada sulah (sedikit)
  • lada hitam (sedikit)
  • telur

Cara-cara:
  1. Kupas kentang, dan goreng sehingga empuk. Lenyekkan ketika masih panas.
  2. Tumis bawang merah dan isi ayam sehingga separuh masak. Campur sekali dengan kentang yang dah di lenyek tadi. (kalo ade air daripada gorengan ayam tu, jangan masukkan ye.. takut terlembik lak begedil nanti).
  3. masukkan daun kucai, garam, lada sulah dan lada hitam. Gaul sebati.
  4. Dah sebati, bentuk kan la bentuk yang korang suka.. bulat leper ke, bujur ke, segi empat ke.. ikut suka hati korang la.
  5. Tiba masa untuk menggoreng. Sebelum menggoreng, celup begedel tersebut dalam telur. Kemudian, goreng sehingga warna keperangan / masak. Guna api kecik je.
  6. Siap, hidang, dan boleh di makan.
~~~ Selamat mencuba ~~~

3 ulasan :

ayuzan berkata...

senang kan? ayu pun bila 1st time menjadi, selang 2-3 hari ayu buat lagi. tapi ayu lum try begedil ayam. hehhee

TiranaAduka berkata...

salam atie.
Tirana aduka dari tempat ayu tadi..singgah tgok bergedel kat sini

cik atie berkata...

#ayu zan, nanti boleh try begedil ayam lak..

#TiranaAduka, tq sudi singgah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...