Ahad, 18 Ogos 2013

Berlanggar Meja 1 Tradisi

 

Berlanggar meja merupakan 1 tradisi di kampung Atie yang memang dijalankan setiap kali perayaan aidilfitri sejak dulu lagi. Mesti ramai yang tak pernah dengar dan tahu kan.

Berlanggar meja secara ringkasnya sama je dengan konsep rumah terbuka. Cuma majlis berlanggar meja ni, di adakan di tempat terbuka sama ada di padang / kawasan lapang / di atas jalan raya. Para penduduk kampung tersebut akan menyediakan juadah dan di hidangkan di tempat yang telah di tetapkan, dan penduduk dari kampung lain yang telah di jemput akan datang untuk makan (melanggar meja). Dalam kampung atie ni (Kampung Igan, Sarawak) ada 5 buah kampung kecik lagi. So, bermula dari hari raya ke 3, kelima-lima kampung ni akan bergilir-gilir mengadakan majlis berlanggar meja bagi kampung masing-masing. 

Sebagai contoh: 5 kampung - kampung Sekerang, kampung tengah, kampung pulau, kampung baru ismail, kampung baru dagang.
Hari raya ke3 - Kampung baru dagang (tuan rumah). Maka, jemputan nya adalah penduduk kampung sekerang, kampung tengah, kampung pulau dan kampung baru ismail.
Hari raya ke 4 - Kampung Sekerang (tuan ruma). Maka jemputannya adalah kampung tengah, kampung pulau, kampung baru ismail, kampung baru dagang.
Sehinggalah semua urutan kelima-lima kampung selesai. Meriah? Memang meriah. ^_^
 
Sepanjang majlis akan di adakan juga sama ada tazkirah, bacaan al-quran / persembahan dari anak-anak kampung tersebut. Majlis ni atie nampak memang sangat di tunggu-tunggu bagi orang-orang tempatan kat sini kalu tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Juada-juadah yang di sediakan oleh tuan rumah juga sudah tentu antara yang istimewa. Memang semua nampak menyelerakan. 

Antara gambar sekitar majlis

 Juadah dah tersedia.

 
 Antara jemputan yang hadir.

Tazkirah dari Mufti Negeri Perlis. Jangan tak tahu, Mufti Perlis orang kampung kite hokey.. ^_*

Tu je gambar yang dappat di upload. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapii, semua kat fon. Fon camcung atie tu pulak ntah kenapa susah bebenar nak transfer pic. Hurmmm.. Dugaan, daku pasrah je..

Daaa...
 

1 ulasan :

ayuzan berkata...

Wah. Meriah.. Kat sini yg meriah konsep marhaban. Tp tetap tujuannya menerima tetamu. Itulah kemeriaahan syawal kan atie?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...