Khamis, 1 Ogos 2013

*kami*moga*dipermudahkan*



Ya Allah.. Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkan lah rintihan hamba Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.. Amin..


Ya Allah, sekiranya kekasihku ini pilihan Mu di Arash berilah aku kekuatan untuk bersamanya. Jika kekasihku adalah yang akan membimbing tanganku ke titian Mu kurniakanlah aku sifat kasih atas perbuatannya. Sekiranya kekasihku adalah bidadara untukku di Jannah limpahkanlah aku dengan sifat tunduk akan perintahnya. Jika kekasihku jodoh yang dirahmati oleh Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi kerenah dan ragamnya...




Ya Allah.. Jika dialah yang terbaik untukku Engkau panjangkanlah jodoh kami , Engkau permudahkanlah perhubungan kami, Engkau berkatilah hubungan kami dan sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami... Amin..

3 ulasan :

yura berkata...

Amin... ;-)

yura berkata...

Amin... ;-)

Ayu Zan berkata...

cantiknya cincin. :)
aamiinn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...