Rabu, 2 Oktober 2013

Cerita Korea Zaman Sekarang


Dulu, masa belajar kat UiTM atie dengan member-member semua memang suka sangat tengok cerita korea. Sampai sanggup ponteng Kokurikulum semata-mata di sebabkan malam ti marathon nak habiskan tengok cerita Korea. Berani mati hokey... hihi..

Tapi, sejak dah habis belajar ni minat ke arah tu ada la terpesong sikit. Kalau ada, tengok la.. Tak tengok pun tak apa... gitu..

Cuti baru-baru ni, akibat daripada kebosanan kat rumah dan atie pun tak berapa nak sihat, terdetik la dalam hati nak tengok cerita Korea. Tekan la channel 393. Tengah main cerita apa pun atie dah lupa. Yang atie perasan, ada subtitle bahasa melayu. Yang tak boleh tahan tu, bercakap pun dah dalam bahasa melayu. Alih suara bahasa melayu. Ala, macam kartun altromen dulu-dulu tu. Hurrmmm..

Bila dah macam tu, feel nak tengok cerita tu jadi kurang. Cakap melayu, pelakon je Korea. So, atie pun tukar la balik.. Nak jugak dengar pelakon tu cakap bahasa Korea, hihi... baru la ada feel tengok cerita Korea. Betul tak? Subtitle kan dah ada.. So boleh la faham...

Atie tak suka alih bahasa, bahasa melayu tu. Macam pelik je.. Lagi prefer dia cakap Korea dan ada subtitle bahasa inggeris / bahasa melayu.. hihi..

1 ulasan :

Ayu Zan berkata...

sama la atie..biasa gigirl minat korea masa study je.. nnt keje..kureng la mint..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...