Jumaat, 11 Oktober 2013

Langkah bendul


Selamat hari jumaat.. Moga semuanya di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya hari ini. ^_^

Langkah bendul.

Tajuk perbincangan rancangan Semanis Kurma semalam. Secara tak lansung memang terkena jugak ngan diri atie sendiri. (walaupun tak kawen lagi, tapi sampai ke hari ini, selepas risik dan bertunang memang atie dah melangkah bendul - akak atie). 

Sebenarnye kan, sebelum famili Azril datang merisik, Atie risau jugak dengan penerimaan kakak atie. Bukan apa, takut la kan luaran nampak gembira, dalam hati kitak tak tahu kan... Sebab Atie sebenarnya ada 3 orang kakak.. Yang sulung tak kawen lagi, 2 orang lagi dah kawen... Dan atie merupakan adik bongsu perempuan.. Tapi, cepat-cepat fikir positif balik, in sha Allah dia memahami...

Sepanjang perbincangan semanis kurma memang kebanyakan pendapat dan caller yang menyatakan bahawa 'kakak' yang di langkah bendul tidak kisah pun, malah gembira bagi pihak adik. Alhamdulillah, situasi atie pun macam tu jugak, kakak atie pada luarannya memang nampak gembira (tak tahu la dalam hati kan.. hihi..). Moga-moga luaran dan dalaman tetap sama. In sha Allah..

Berkaitan dengan adat memberikan sebentuk cincin / sepersalinan / yang sewaktu dengannya pulak, ianya di haruskan untuk memberi pada si kakak sebagai tanda penghargaan / perasaan nak berkongsi bahagia daripada si adik / bakal adik ipar. Part ni pulak, sebelum majlis merisik dijalankan... Bila ayah dan mak atie bagitau pada kakak yang ade rombongan tunang atie nak datang merisik, kakak atie dengan sendirinya cakap 'tak perlu minta apa-apa sebagai tanda langkah bendul'... 

Tapi, nanti maybe atie ngan Azril akan bincang lagi kot.. Maybe akan bagi jugak sebagai tanda hadiah @ yang sewaktu dengannya..

Setakat ni, alhamdulillah semuanya dipermudahkan... Sentiasa mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk kami semua... 

3 ulasan :

oshin berkata...

situasi atie sama mcm adik oshin..dia langkah 2 akak termasuk oshin hehe masa merisik tak silap diorang hadiahkan sepersalinan baju utk oshin dan akak..hehe

harap semuanya berjalan lancar ye..doakan juga untuk akak atie tu dipermudahkan jodohnya :)

ayuzan berkata...

atie kasi telekung pun ok.. disamping dpt share bahagaia, dpt saham akhirat. :)

cik atie berkata...

in sha Allah Oshin...
in sha Allah ayu... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...