Isnin, 7 Julai 2014

Resepi ayam masak kicap sedap

Assalamualaikum...



Tak terasa kan, dah 9 Ramadhan hari ni. Beberapa hari lepas atie agak tak sihat. Sakit perut, macam masuk angin. Bila dah amalkan minum susu setiap malam, alhamdulillah baru lega sikit... hihi..

Memandangkan semalam atie cuti, so sempatlah masak untuk berbuka. Simple je janji sedap kan. Resepi asal atie ambik dari SINI. Tapi atie buat sesimple yang mungkin je.. Alhamdulillah, masih sedap..

Bahan-bahan:

1. Ayam (5 kepak ayam)
2. 3 sudu bawang merah yang telah di kisar
3. 1/2 sudu bawang putih yang telah dikisar
4. sedikit halia yang telah di kisar
5. 2 sudu cili kering yang telah dikisar
6. Sedikit sos cili
7. Sedikit sos tiram
8. Sedikit kicap manis
9. Sedikit kicap pekat 
10. Sedikit susu pekat.
11. Sebiji bawang besar di potong bulat
12. serai di tumbuk ckit
13. Lada hitam

Cara-cara:

1. Perap ayam bersama sedikit kunyit dan garam. Goreng ayam 2/3 masak.
2. Tumis semua bahan yang di kisar sampai cili garing. 
3. Masukkan serai.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, dan susu pekat. Yang ni semua atie main agak je. Kalo rasa tak cukup, boleh la tambahkan.
5. Kuah dah masak dan agak pekat, masukkan ayam yang telah di goreng separuh masak tadi. Gaul rata.
6. Masukkan bawang besar yang di potong bulat dan sedikit lada hitam.
7. Masak sekejap. Agak-agak ayam dah masak, boleh la tutup api dan di hidangkan.

In sha Allah sedap, selamat mencuba...

2 ulasan :

Ayu Zan berkata...

resepi kak azie tu mmg super duper sedap. hubby ayu pun rajin dok masak dish ni.

adda syuhada berkata...

Salam...
yang ni betul2 menyelerakan...konfirm dah tak toleh kirin kanan....terliur i tau...
thanks ya sy ambik resepi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...