Khamis, 9 Oktober 2014

Pengalaman - Pembedahan pembuangan cyst (part 1)


Lama sungguh atie tak menjengah blog ni. Semuanya gara-gara kesihatan yang kurang memberansangkan. Alhamdulillah, semakin hari semakin baik.

Baru-baru ni, dalam awal bulan September tak silap 12 september atie pergi ke klinik kesihatan sebab ada appointment untuk scan kandungan. Atie pergi sekali ngan hubby. Bila tiba giliran kami, benda first yang doktor nampak masa scan adalah terdapat cyst di ovari sebelah kiri atie. Anggaran 10.5cm x 5 cm... Alhamdulillah, scan baby dan baby dalam keadaan baik. Bila ada cyst tu doktor terpaksa buat surat untuk rujuk kan atie ke klinik pakar hospital ampang. hurrrmmmm... dah down jugak rasa time ni, tapi cuba untuk kuat.. Apa itu cyst?

Balik dari klinik, atie di temani mak mertua dan adik ipar atie terus pergi ke klinik pakar ampang untuk set tarikh appointment. Appointment di tetapkan adalah pada 19 September 2014. Sepanjang seminggu tu memang hidup atie tak tenteram.. ye la, mana nak fikir kesihatan diri sendiri lagi, baby dalam kandungan lagi.. boleh di katakan agak tertekan... huhuhu...

19 September, atie ngan hubby awal-awal pagi dah bergerak ke hospital. Nak cari parking pun susah time ni.. Daftar dan tunggu giliran. Sampai giliran atie, doktor buat scan lagi sekali dan mengesahkan yup memang ada cyst... Pengesahan kedua di buat oleh seorang lagi doktor yang lebih senior. Dah setel scan semua, doktor terangkan apa itu cyst, risiko dan semua yang berkaitan. Doktor bagi kami pilihan sama ada nak operate sekarang (time pregnant) / selepas deliver.. Antara risiko yang doktor terangkan:

1. If operate sekarang (time pregnant) - ada  risiko untuk keguguran (efek ubat bius)
2. If operate selepas bersalin - ada risiko untuk cyst tu pecah / twist.

Bila doktor bagi pilihan macam ni, serius atie dan hubby memang serba salah nak buat keputusan. So, kami ambil keputusan untuk take time dan berbincang dulu dengan famili. Doktor tetapkan lagi tarikh appointment 29 september untuk datang lagi sekali dan bagitau keputusan yang kami ambil..

Balik rumah dan bincang, auntie kepada hubby cadangkan kami jumpa seorang lagi doktor pakar O & G di Hospital Columbia untuk dapatkan second opinion. Disebabkan time tu hubby out station, so atie pergi la dengan mak mertua n auntie hubby.. Prosedur yang sama di lakukan, scan. Dan doktor tersebut mencadangkan supaya pembedahan dibuat sekarang. Lebih berisiko sekiranya tunggu selepas deliver. Di sebabkan sepanjang kehamilan kita tak tahu apa akan jadi pada cyst tersebut. Manakala risiko untuk keguguran hanya 1% memandangkan kandungan atie pada masa tersebut dah 16 weeks (agak stable).

Hubby balik out station, keputusan di ambil untuk buat pembedahan sekarang. 29 September atie dan hubby pergi ke Klinik pakar ampang, inform untuk buat pembedahan di Columbia Hospital. (Ekceli tak payah bagitau pon, if decide nak buat tempat lain... tapi kami tak tahu.. hehe).. Balik dari hospital ampang terus ke Hospital Columbia, jumpa dengan doktor yang atie jumpa sebelum ni untuk set tarikh pembedahan.

Sampai turn kami, bagitau nak buat pembedahan kat situ, doktor tengok kalendar n dia cakap nak buat esok, 30 september.. Esok??? biar betul??? memandangkan atie ni jenis penakut, so atie memang memerlukan masa untuk tenangkan diri dan set otak yang atie akan menjalani pembedahan. so, bincang-bincang kami bersepakat untuk buat pada 01 oktober... memandangkan, atie memang tak boleh nak tangguh lama-lama pun, sebab kandungan semakin membesar...

ok, balik rumah sambil menenangkan diri dan bagitau semua famili... Cerita seterusnya, masuk wad, prosedur dan segala bagai lagi atie cerita next entri ya... dan panjang sangat ni.. hehe... daaaa...


1 ulasan :

Unknown berkata...

wahh pengalaman menarik ni atie.. share la.. kira atie buang juga cyst tu ms pregnant ni kan.. kalau jijah pon berbelah bahagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...