Jumaat, 7 November 2014

Pengalaman minum air gula ketika mengandung


Sekali lagi cerita basi yang atie nak kongsikan.. hehe.. Jumaat minggu lepas, atie kena buat ujian sama ada, ada kencing manis / tidak semasa mengandung. Mengikut apa yang di terangkan nurse kat KK, atie kena minum air gula disebabkan 2 faktor. 1, sejarah keluarga disebabkan mak atie ada kencing manis. 2, faktor umur, setiap ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas memang kena minum air gula katanya.. so, bermula dari malam tu atie dah kena berpuasa...

Seawal pukul 7.30 pagi atie ngan hubby gerak ke KK. Tunggu giliran, dalam 8.35 am macam tu giliran atie untuk ambil darah dan minum air gula.. Perggghhhh, air die tak berperisa, dan betul-betul pekat dan manis. huhu... Nak tak nak kena habiskan jugak la kan.. 3 kali teguk, alhamdulillah air gula tersebut selamat mendarat dalam perut atie.. tapi manis dalam mulut dan tekak masih terasa... cuma tak nak layan je, takut termuntah.. 

Next kena ambik darah 2 jam selepas minum air gula pulak. Maksudnya turn atie adalah pukul 10:35 am. Sementara tu nurse panggil untuk dengar ceramah susu ibu... Dengan tekak yang tak berapa nak stabil duduk je la dan dengar. Hubby pulak terus gerak ke ofis.. Ceramah tu antara dengar dan tak je,, gara-gara tekak yang terasa nak muntah tapi terpaksa tahan... huhu... 

Habis ceramah, atie pon ambik angin kat luar.. anggap pemandangan kat situ macam cantik la kan. 10:35 am, ambik darah kali ke 2 dan lepas tu baru la boleh makan dan of kos bole balik. Keputusannya, kalau tak ok pihak KK akan kol. If diorang tak de call, next appoitment boleh la tanya result minum air gula tersebut. 

Sampai ke hari ni atie tak tahu lagi result minum air gula tu, hari isnin depan ni ada next appoinment. Doakan semuanya ok ya.. tak nak la sangkut kan... kang tak pasal-pasal kena ulang alik KK lagi kerap... huhu...

ok, tu je pengalaman atie... daaaa...

4 ulasan :

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga tiada apa2 yg berlaku..insya ALLAH..

ziezah.com berkata...

minum air gula la paling tak best. Alhamdulillah result jijah dulu rendah..hehe moga atie pon baik2 juga ye

dilazfamily berkata...

Salam perkenalan. Singgah sini dan foolow.

Thanks for sharing info

Nancy San berkata...

Hi atie...sine dh kitak nektok? Stay di kl kah? Siapa ganti manager di pi1m sia? Hopefully kitak n baby safe. Kawan mek pun ada dua org ada cyst n fibroid dlm rahim.baby first n pun bru tahun tok pregnant.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...