Sabtu, 14 Julai 2012

Ajaibnya cinta

 

Bila dah cinta, semua boleh jadi, semua dah tak mustahil.. betul tak??

Contohnya:

  • bau kentut pun wangi
  • muka baru bangun tido pun nampak lawa dan cantik
  • tak gosok gigi seminggu pon takpe, nampak putih je gigi dan bau wangi lak tu
  • rambut selekeh nak mampus pon nampak macam guna rejoice (guna jari pun boleh)..

Betul tak???

Tapi pernah tak korang rasa cinta yang batul-betul ikhlas di mana korang sanggup terima segala kekurangan dan kelebihan si dia... Walau macam mana pon orang lain menghina / mencerca si dia, korang tetap masih boleh terima dan niatkan dalam hati, kalau betul lah ape yang orang sekeliling tu cakap pasal si dia korang akan terus berada di sisi si dia, membimbing dan sama-sama berubah menjadi yang lebih baik??

Mungkin orang sekeliling akan cakap 'betapa bodohnya kita kerana masih sanggup bersama si dia, padahal ramai lagi jejaka / gadis lain yang lebih baik'...

Yup, memang ramai akan cakap macam tu... tapi, itulah ajaibnya cinta... Bila cinta diniatkan kerana Allah, dan dari hati yang penuh ikhlas walau ape pun terjadi we will still together... insyaAllah..

1 perkara yang perlu kita ingat, takde manusia sempurna dalam dunia ni... takde manusia lahir sempurna.. menerima kekurangan seseorang itu sudah semestinya... saling melengkapi, itulah yang terbaik...

Walau ape pun, kita cuma merancang Allah yang menentukan... Bercinta bagai nak rak, bertahun lamanya pun jika dia bukan jodoh kita maka bukan lah... Kalau memang telah tersurat dia jodoh kita, baru jumpa semalam pun, insyaAllah dia lah yang terbaik buat kita...

Cinta, kasih dan sayang itu fitrah... Semua manusia nak dan ingin merasai di cintai dan menyayangi, di kasihi dan mengasihi dan disayangi dan menyayangi... Hanya kita yang berhak menentukan jalan cinta kita samada masih berlandaskan syariat / sebaliknya...

Dalam sibuk mengejar cinta manusia jangan lupa cinta pada yang Maha Esa...


 

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...