Hai, selamat pagi.. korang sihat??? hari nih atie saje nak update kek yang dah agak lama atie buat.. ade la dalam 3 minggu lepas macam tu... punye la lama kan... hehe... Percubaan yang pertama... tak tau la betul2 menepati piawaian kek red velvet yang sebenarnya ke tak... Sebab, atie sebenarnya tak pernah lagi makan kek red velvet nih... so, hari tu bila baking kek ni, itu la jugak kali pertamanya atie makan kek ni... huhuhu... ade rasa coklat ckit, bersama cheese sebagai toping la kan... tapi atie buat tekstur kek die agak padat... memang macam tu ke??? ade pakar red velvet kek tak kat sini? hehe... Jom layan gambar plak...
sebelum dan selepas di bakar
dah letak cheese frosting dan di potong n di ngap... hehe
hiasan pada kek tak kemas lansung... first time try deco kek dengan tangan terketar2 dan guna apa ja yang ada kat rumah... tu la hasilnya... buat makan sendiri, belasah je la kan... hehe.. Jom, kita tengok resepi die pulak...
Red Velvet cake..
2 1/2 cup ( 250gm ) tepung yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda
* kalau takde buttermilk
jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml
kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10
minit.
Cream cheese frosting:
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime *atie tak letak sebab xde
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
Cara-cara:
Panaskan oven terlebih dahulu: 175 c / bergantung pada kepanasan oven masing2...
1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
3) dalam bekas lain, mix kan
butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi
sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur
satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi
telur dan mix lagi.
4) Kemudian masukkan tepung+koko
yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan
tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.
5) Bila dah sebati, campurkan 1
sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then
cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian
terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama
25-30 minit.
6) bila kek dah siap bake,
sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. (tapi bahagian ni, atie memang siap2 bakar dalam 2 loyang... so, xyah belah kat tengah la... kalo korang just baked dlm 1 loyang, kene hati2 untuk belah kan kek kepada 2 bahagian ok... nak 3 n 4 bahagian pun boleh, terpulang pada kreativiti masing2..)
*untuk resepi frosting cheese plak, campurkan semua dalam bekas n mix sampai sebati... senang je... hehe..
7) Lepas tu, setiap lapis tu
sapukan cream cheese frosting plak... sejukkan dalam peti ais, dan boleh la di makan!!!
1 ulasan :
) It is аlso an intregal part of the geometery of mandаlas.
UFOs have beеn appearing in ouг skies since
the 1940's and sightings have increased dramatically in the last decade. There will be twelve people around you that are special giving you messages as I am one of those now.
Here is my webpage ... Aliens breaking news
Catat Ulasan