Ahad, 7 Oktober 2012

Buat yang tersayang

 
 



1 lagi novel atie baru habis baca petang tadi setelah berhari2 novel tu atie bawak ke mana2... ke ofis bawak, balik rumah bawak, sebelum tdo bawak... masuk toilet je tak.. hehe

Novel ni mengisahkan Syira yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran tetapi dengan syarat Syira kenalah berkahwin dengan pilihan yang telah di aturkan oleh famili dia... Syira terpaksa akur demi mencapai cita-cita yang dia idamkan tu...

Airy, bakal suami Syira pun berkahwin dengan Syira bukanlah atas dasar cinta, juga hanyalah atas aturan daripada keluarga dia... Siap dengan konfidennya Airy bagitau kat Syira yang dia memamang dah ada pilihan hati (walaupun pada masa tu, Airy sendiri tak pasti siapa 'bunga angkasa / cikgu Ash' yang telah berjaya memikat hati dia... Walaubagaimanapun setelah berkahwin, terlalu banyak kelebihan pada Syira sebagai wanita yang telah memikat hati Airy...

Tanpa sedar, Airy telah melukakan hati Syira dan Syira pergi membawa diri... Selama 2 tahun Syira membawa diri, barulah Airy sedar yang 'bunga angkasa . Cikgu Ash' yang dia dambakan itu adalah Syira... Pelbagai cara Airy gunakan demi memikat semula hati Syira... Alhamdulillah, perlahan-lahan Syira dapat menerima Airy semula...

*banyak adegan romantik antara Airy dan Syira (semata-mata usaha Airy untuk memikat hati Syira semula).. nak tau, kena baca buku ni k... baca buku ni kekadang leh senyum sorang-sorang dengan keprihatinan Airy pada Syira... Nak husband yang macam tu jugak la... "mode gatal.. hihi..

 

2 ulasan :

sue perbs.. berkata...

wah novel.. sy suke novel tpi selalu tk terbace..

cik atie berkata...

hehe.. curik2 masa je baca ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...