Khamis, 4 Oktober 2012

Cinta Si ikan buntal dan Si kambing liar

 

 
Alhamdulillah, baru habis baca novel ni semalam... 

Si ikan buntal = Adam Ahmad
Si kambing liar = Kamilia

Permusuhan antara diorang ni memang dah berlaku sejak zaman sekolah lagi.. pantang berjumpa mesti bergaduh.

Bila dah dewasa, masing-masing dah ada kerja, Adam Ahmad sebagai engineer dan Kamilia sebagai seorang doktor, keadaan menjadi semakin tegang bila emak adam dan nenek kamilia sepakat untuk menyatukan diorang. Masing-masing dengan ego yang tersendiri, walaupun dalam hati mereka berdua masing-masing ada menyimpan rasa yang istimewa.

Wujudnya orang ketiga dalam hubungan diorang lebih merumitkan keadaan. Masing-masing salah faham antara 1 sama lain. Adam ingatkan Kamilia seorang perampas, dan jenis yang dengan mudahnya menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Kamilia juga ingatkan Adam memang sudah punya teman istimewa.

Pelbagai dugaan yang mereka lalui, dan tanpa sedar dengan rancangan orang di sekeliling mereka Adam dan Kamilia akhirnya dapat disatukan... 

*keseluruhannya, ceritanya best... bila baca rasa tak sabar nak tau ape lagi yang akan jadi seterusnya... kadang-kadang boleh senyum sorang-sorang bila baca part Adam dan Kamilia yang suka mengenakan antara 1 sama lain...

bacala, bestt... ^_^

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...