Hai, apa khabar semua? kebelakangan ni asyik entri pasal makanan je kan? Mesti ada yang rasa atie ni bajet macam pandai masak la kunun.. tapi, seriously atie memang tak pandai masak, cuma sentiasa bersemangat nak belajar dan cuba resepi-resepi baru... tu je..
kali ni atie nak pahatkan kukuh2 resepi mee hoon singapore ala atie kat lam belog ni... dah pernah post gambar sebelum ni, cuma takde resepi... percubaan pertama masak mee hoon ala singapore...
tadaa... mee hoon singapore ala atie... ^_^
Resepinye mudah je, sila rujuk kat bawah:
1. setengah bungkus mee hoon - rendam dalam air panas, dah cukup lembut toskan... boleh jugak terus bilas dengan air biasa supaya mee hoon tu nanti tak melekat antara 1 sama lain dan senang masa nak menggoreng.
2. Blendkan 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan sedikit halia.
3. Tumiskan bahan yang dah di blend tadi.
4. Masukkan udang / ayam / daging (ikut suka korang). Tumis sampai masak.
5. Masukkan brokoli, kalo korang guna sayur lain macam sawi / kobis lepas masukkan mee baru masukkan sayur k... ni sebab atie gunakan brokoli so kena masukkan awal... brokoli ni kan keras ckit.. hehe
6. Brokoli dah agak-agak masak, masukkan mee hoon... gaul sebati.
7. masukkan garam dan sedikit lada sulah.
8. Gaul sebati, rasa cukup ke tak semua perasa dan pastikan sayur dah masak, dan boleh lah dihidangkan...
*kalo nak pedas boleh tambah cili... tak suka pedas tak letak pun takpe...
Selamat mencuba...
*pertama kali letak brokoli dalam masakan mee.. rasa memang yummylicious *sebab memang takde sayur lain dalam peti ais waktu ni*... sedap... krup krap krup krap je bila brokoli tu masaknya sedang-sedang ja... kalo masak sangat nanti brokoli tu jadi lembik, so kurang lak kesedapan dia...
Tiada ulasan :
Catat Ulasan