Kali ni atie nak abadikan *cewah ayat* resepi nasi goreng istimewa... kenapa istimewa??
Sebab nya adalah, nasi goreng ni adalah menu pertama yang atie masakkan untuk encik A... orang lain masak la, yang special sikitkan, ni setakat nasi goreng, ape kelassssss???
oppss, tapi ni atas permintaan encik A sendiri, atie nak masakkan mee goreng pon dia tak nak, nak jugak nasi goreng... so belasah je la kan...
ni bukan gambar nasi goreng yang atie masak time tu, ni baru masak beberapa hari lepas... tapi resepi nya sama je... cuma tak de tambahan daging dan telur masin tu.. ^_^
Meh nak tepek resepi tuk kenang-kenangan *ahaks...
Bahan-bahan:
1. 1 mangkuk nasi
2. 3 biji bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. 1 susu sos tiram
5. sedikit minyak untuk menumis
6. garam secukup rasa
*bahan tambahan (boleh di kurang / di tambah ikut citarasa masing
1. udang / ayam / ikan bilis pun boleh
2. sayur sawi / kobis
Cara-cara:
1. panaskan minyak
2. tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. tunggu sampai garing / kuning ckit.
3. masukkan udang / ayam / ikan bilis.. goreng lagi sekejap dan masukkan sedikit sos tiram.. gaul sebati.
4. masukkan nasi... goreng / gaul sebati...
5. masukkan sayur ikut citarasa masing-masing
6. tambah garam seckup rasa..
7. goreng sampai betul-betul masak dan boleh lah dihidangkan.
Simple dan mudah kan, tapi alhamdulillah, habis licin encik A dan kawan-kawan dia makan siap puji melambung lak tu... *harap-harap pujian tu ikhlas la kan... ^_^
1 ulasan :
memang special la nih.. coz dah request kan.. apa yg penting masak tu biar ikhlas.. lagi sedap rasanya
Catat Ulasan