Penulis: Aliesha Kirana
1 lagi novel yang atie sempat habiskan baca baru-baru ni... ceritanya sweet je, tak berat... maksud atie tak berat kat sini bila kita baca tu kita rasa santai jee... hehe...
Cerita berkisar tentang Zaara Amirah yang terpaksa berkahwin dengan Zafriel Irham (seorang lelaki yang pada mulanya sangat berhati kering) gara-gara berlaku 1 kemalangan antara zaara dan Irham... Perkahwinan tanpa rasa cinta antara Irham dan Zaara terjadi di sebabkan Irham yang dipaksa kahwin oleh ayahnya dan di beri pilihan sama ada nak pilih sherry yang sangat gediks atau Zaara yang cukup sederhana. Irham tekad memilih Zaara....
Masing-masing berkahwin atas keterpaksaan. Sepanjang mereka berkahwin dan mencari keserasian, perkahwinan antara Zaara dan Irham tidak direstui oleh ibu Irham. Pelbagai cara dilakukan oleh ibu Irham untuk memisahkan mereka...
Bak kata pepatah, kalau dah jodoh tak kan ke mana.. jodoh antara Zaara dan Irham kuat... Bernikah tanpa rasa cinta, timbul orang ketiga yang ingin mengacau bilaukan rumah tangga mereka, namun di akhirnya mereka tetap bersatu.
Pelbagai halangan dan cubaan mereka hadapi bersama. kewujudan orang-orang sekeliling semakin meruitkan keadaan. Namun terbukti cinta itu memang ajaib.
Zaara jatuh cinta jugak pada Mr Arrogant dia... hehe..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan