Perkongsian daripada seorang rakan di FB, atie nak kongsikan dekat sini pulak. ^_^ Buat panduan diri sendiri jugak.
Ying Shui Sze Yuen.... Peribahasa cina
Maksudnya bila dapat merasai keenakkan air, ada yang lupa dari mana punca sumber air itu datang.Peribahasa ini diguna pakai untuk manusia yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Dia menikmati nikmat atau hasil dari sesuatu, dia lupa dari mana atau dari siapa dia dapat menikmati hasil tersebut akhirnya.Orang yang berjaya dan diberkati adalah mereka yang sentiasa ingat asal usul diri dia. Sentiasa berpijak dibumi yang nyata, berapa tinggi langit dia terbang, dia tahu akhirnya dia akan ke tanah jua. Di dalam perjalanan kita menuju kejayaan dunia dan akhirat, selain daripada sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan berselawat ke atas RasulNya, pasti ada manusia-manusia penting yang kita perlu ingat dan hargai yang membantu kita secara langsung atau tidak langsung menjadikan kita adalah kita hari ini dan akan datang.Sentiasa belajar untuk hargai mereka terutamanya keluarga kita, suami/isteri, ibu-bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, guru-guru, rakan taulan, bekas majikan atau majikan, JKKKK, Ketua Kampung, pengkritik atau sesiapa sahaja kerana di situlah datang keberkatan di dalam apa yang kita lakukan. Kita tidak tahu doa mereka yang mana yang makbul sebelum ini yang membantu kejayaan kita samada kecil atau besar, samada sekarang atau akan datang, samada di dunia atau di akhirat.Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah swt.
Jangan pernah lupa pada orang sekeliling kita, tanpa mereka tak mungkin kita akan berada di tempat kita sekarang.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan