Selasa, 19 Mac 2013

Menjadi pemandu berhemah


Sejak 2 menjak ni kan, tiba-tiba jadi pemandu yang sangat berhemah pulak. Bukti dia pagi ni masa pergi ke bandar, tengah memandu tunang atie mesej. Tak tahu kenapa, rasa takut untuk membalas mesej semasa tengah memandu. Kalau sebelum ni, main ikut suka je kan.

Lepas tu baru atie teringat, ini mungkin kesan daripada kursus 1 citizen yang atie pernah ambil awal Februari yang lepas. Kursus 1 citizen ni bertujuan untuk melahirkan Netizen yang bertauliah di lebuh raya maklumat (internet dsb). Bukan perlu berhemah di jalan raya je ok.

Salah 1 modul dalam kursus tersebut ada memaparkan video sekumpulan wanita yang sedang menaiki kereta, manakala pemandu kereta tersebut tengah sibuk menggunakan internet di telefon pintar dia. Malang tak berbau, mereka kemalangan. Ngeri kan. Dia bukan ja membahayakan diri dia, tapi membahayakan kawan-kawan dia termasuk pemandu-pemandu lain.

Penangan video tersebut kot atie jadi takut pulak untuk menggunakan telefon (terutama mesej) ketika tengah memandu. Alhamdulillah, ada jugak kebaikan dan kesedaran bila dah mengikuti kursus-kursus macam tu kan.

Tambahan pula, sekarang ni atie merupakan salah seorang trainer untuk program 1 citizen. Nak ajar orang, diri sendiri kena la praktikkan dulu. betul tak? ^_^

Alang-alang cerita pasal 1 citizen ni, korang pun boleh ikut serta. Biasa nya program ni akan diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia / universiti / kolej. Secara ringkas, kursus ini akan melahirkan netizen yang beretika ketika menggunakan internet dan teknologi masa kini. Apa yang boleh, dan apa yang tak boleh ketika online.  Hampir lupa, kursus ni akan diberikan sijil, dan ada ujian ya. Yang penting ianya PERCUMA untuk semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas. ^_^



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...