Sabtu, 9 Mac 2013

Tak selesa dengan orang yang merokok


Orang yang merokok, bila masuk bilik berhawa dingin confirm akan mengganggu gugat ketenteraman orang lain di dalam bilik tersebut. kenapa ya? Memang dah jadi bau badan diorang agaknya ya. Orang lain rasa tak selesa, tapi diorang slamber je. Macam xda ape.. huhu...

Orang-orang yang merokok sekalian, tolonglah prihatin dekat orang sekeliling. Pertama, merokok di tempat terbuka, jauh daripada orang lain. Kedua, bau tu kalo boleh kurangkan atau nyahkan terus. Usaha la pelbagai cara, contoh gosok gigi ke, makan gula-gula ke kan. hehe..

Bukan apa, untuk keselesaan orang ramai dan anda-anda jugak. Bila orang lain tak selesa dengan bau tersebut, dah tentu diorang tak nak pon dekat dengan anda-anda semua.

Harap maklum ya semua...

---------------------------------------------------------------------------

Merepek di petang hari. Semua disebabkan pengguna-pengguna yang datang ke ofis atie. Serius, masuk-masuk je bau rokok sangat kuat. tu belom bercakap lagi, kalo dah bercakap lagi la teruk kan. Sampai kadang-kadang rasa nak muntah.

Kalau orang tu bercakap depan atie, memang atie akan ambik tisu dan tutup hidung. Biarlah dia nak cakap atie ni sombong ke apa. Tapi memang tak selesa. Dia tak jaga hati orang lain, buat apa kita nak kena jaga hati dia kan. Perkara macam ni memang dah banyak kali berlaku. Rasa nak je cakap depan-depan yang bau diorang / bau mulut diorang tu busuk dan mengganggu orang lain.

Sekian, luahan hati atie petang ni.

* Merokok di tempat terbuka dan jauh daripada orang ramai.
*Nyahkan bau tersebut daripada badan korang.

1 ulasan :

Unknown berkata...

me anti dengan rokok..sangat menyampah baunya..huhu.. sesakkn hidung..rasanya nk keluar nk ja pakai mask..tutp idung..selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...