Khamis, 18 April 2013

Cemburu tanda cinta, marah tandanya sayang.

 

Pagi-pagi dah layan lagu aishiteru 3. Macam best la pulak.

Cemburu tanda cinta,
marah tandanya sayang,
kalau curiga, itu karena ku takut kehilangan
kalau dekat bertengkar,
kalau jauh ku rindu,
jadi serba salah,
buat ku dilema,
tapi aku selalu aishiteru..

Membuatkan atie teringat ngan my baby boo. Tunang atie la tu, Azril. Macam ade kaitan je dengan lagu aishiteru tuh. Ye la, mana ada hubungan yang tak pernah gado kan. Semua tu mungkin ujian, nak menguji sejauh mana kesetiaan kita antara 1 sama lain.

Lagi-lagi macam kitorang ni, PJJ 'Pertunangan Jarak Jauh'. Eh, ade jugak ea. hehe. Azril kat KL, Atie kat Sarawak. Dugaan. Tapi teruskan tabah, sabar dan redha. In sha Allah ada hikmah di sebalik semuanya. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik kan.

Telefon je la jadi penghubung buat masa ni. Kadang-kadang tu nak video call pun susah, di sebabkan line broadband yang macam siput. Korang sedih tak? kitorang lagi sedih. 

Sekarang kan ramai yang guna wechat tu. So, kitorang nak la jugak cuba kan. Mula-mula ok la, boleh je video call. Tapi dah 2, 3 hari kemudian dah tak boleh. Masa tengah video call tu, atie just nampak muka atie sorang je. Haha. Bagus tak payah video call kan kalo macam tu. Mungkin antra sebab dia, line tenet yang agak slow. hurmmm. Sekali lagi kitorang kena bersabar. Azril sampai dah uninstall dah wechat. haha.

Lepas tu kitroang install pulak vtok. Vtok ni guna akaun gmail. Alhamdulillah, dapat di gunakan walaupun gambar dia nampak macam gambar siaran astro bila cuaca tengah hujan. haha. Tapi, sekurang-kurangnya tak la asyik nampak muka sendiri je kan. So, bersyukur je la.

Ish, korang mesti nak muntah hijau dah. Tak habis-habis cerita pasal kisah cinta jarak jauh kitorang kan. Ok la, sampai di sini sahaja *skema nak mampus*.

Pada korang, korang, korang yang berminat dengan produk Treenea boleh terus PM / Whatsapp atie (019-3687181)

1. VCO antioxidant softgel
2. VCO antioxidant liquid
3. Miera Bella Collagen

Nak jadi agen pun boleh, modal serendah RM150 je beserta produk.
^_^

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...