Selasa, 3 Mei 2011

Pesta Kaul Mukah 2011


Assalamualaikum semua....

Masa entri ni Miss Atie tulis, Pesta Kaul Mukah 2011 sebenarnye baru je melabuhkan tirainye... hehehe... Pesta Kaul ni bermula daripada 24 April hingga 1 Mei... Disebabkan tuntutan keje, Miss Atie with zura n vee sempat g masa last day je yang jatuh pada cuti umum Hari Pekerja 2011....huhuhu... Tapi, xpe.... Last day pun last day la, janji kitorang enjoy!!! ^_^

Mesti ade yang tertanya2 kan, ape tu Pesta Kaul??? nak tau lebih lanjut ape itu Pesta Kaul??? Jom, klik Sini.... ataupun boleh baca di bawah...

Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.

Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau "Pagan" untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.

Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.

Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menghidangkan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.


Antara pic yang sempat di snap sepanjang perjalanan menyelusuri Pantai Kala Dana Mukah... jom tengok...


me with zura... pilih jangan xpilih....



Me with Zura again... ^_^


Da penat jalan... posing duduk pulak...



Salah 1 permainan tradisional, tibow....



vee with zura sedang tawar-menawar...


Suatu ketika dahulu.... jeng3x....


Tamat da sesi bergambar... ^_^

Pesta kaul ni merupakan acara tahunan tau kat cni... So, sape2 yang teringin nak g Pesta Kaul ni kene tunggu tahun depan pulak la ye... hehehe... thanks to zura n vee... sangat seronok keluar bersama kamu berdua... ;-)....

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...