Rabu, 4 Mei 2011

Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah???


Sekadar renungan bersama.... (Tentang cinta - Pahrol Mohd Juoi)

Ramai yang beranggapan kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin. Jadi tidak hairanlah jika ada yang menikmati kehangatan cinta itu sepuas-puasnya sebelum berkahwin. Untuk apa berkahwin jika segala kemanisan cinta akan berakhir? Ada pula yang mengambil masa yang cukup lama bercinta sebelum berkahwin, kononnya mencari keserasian agar kehangatan cinta terus berkekalan setelah berkahwin nanti. Jika benar-benar serasi, barulah kehangatan cinta dapat dipertahankan selepas berkahwin.






Berkenaan soalan di atas, "Benarkah cinta sebelum berkahwin itu lebih indah???"

Mungkin ramai yang akan menjawab "Ya, memang benar." Walaupun tidak disuarakan, tapi ramai yang mengiya kan secara diam-diam. Jika demikian realitinya, perkahwinan memang 1 yang merugikan. Untuk apa berkahwin jika ia akan mengakhiri dunia romantis serba indah alam percintaan???

Cuba kita renungkan, hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan 'lesen' seperti cinta selepas berkahwin. Ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan kecintaan.

Jika sebelum berkahwin banyak "halangan' yang mencegah... maka halangan itu 'terangkat' sebaik sahaja ijab kabul disahkan. Berbuallah sepanjang malam hingga ke siang. Sentuhlah di mana sahaja yang timbul keinginan. Belailah sepanjang masa yang ada. Semua itu telah dihalalkan.

Semua perlakuan dibolehkan, bahkan berpahala pula. Jika dahulu kerlingan manja seorang wanita terhadap seorang lelaki diumpamakan 'panahan syaitan' yang beracun dan berdosa. Tetapi setelah dia bergelar isteri, kerlingan manja dan sayangnya kepada suami diberikan pahala. Indahnya cinta mereka.... ^_^



Sedikit petua; Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan...

Sebagai pedoman dan petunjuk buat diri sendiri yang dalam perancangan untuk membina mahligai bahgia... hehehe... Sama2 kita kongsikan....

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...