Sabtu, 8 Oktober 2011

Anda telah sedia untuk bercouple jika...



ffuuuhhhh... lega... tamat sudah kelas untuk hari ni... pagi tadi kelas Intel Easy Step, penolong aku dah buatkan tapi xhabis lagi... to be continued tomorrow... dan sebelah petang ni aku teruskan ngan kelas ICT Cambridge... selesai untuk hari ni... esok plak akan menyusul...


sambil-sambil tunggu student aku wat latihan tadi, sempat belek-belek buku "tentang cinta oleh Pahrol Mohd Juoi"


jom, share sikit ape yang aku bace tadi...


  • Anda telah sedia untuk BERCOUPLE jika.... niat anda memang untuk berkahwin dengan 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara. Sebaliknya, anda belum bersedia untuk BERCOUPLE jika, niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

  • Anda telah sedia untuk BERCOUPLE jika.... sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkarayang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa 'muqaddimah' zina. Sebaliknya anda belum bersedia untuk BERCOUPLE jika... masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti di atas.

  • Anda telah bersdia untuk BERCOUPLE jika..... sudah lepas ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik2nya telah mempunyai pekerjaan yang tetap. Sebaliknya anda belum bersedia untuk BERCOUPLE jika.... masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Qurn pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran...

  • Anda telah bersedia untuk BERCOUPLE jika.... sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar.. Sebaliknya anda belum bersedia untuk BERCOUPLE jika... mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa pun kadang-kadang....





Fikir-fikirkan, aku ni dah betul-betul sedia ke untuk bercouple??



















eh, rasa cam xsedia je... :p


p/s: sayang, sama2 kita perbaiki kelemahan dalam hubungan kita demi sebuah hubungan yang di redhai di sisi Allah oke... ;p

6 ulasan :

Eera Shera berkata...

ok..x ready lg..huhu. cm best pulak buku ni.

miss atie berkata...

hehe.. tu la psl eera, kalo nk ikut btul2 mmg cm xready jek... huhu... memang best buku ni, suke bc... panduan n motivasi cm tu...

Sunah Sakura berkata...

nice sharing my dear... :)

miss atie berkata...

thanks... ;)

Ezad Skytech berkata...

macam menarik je buku ni untuk dibaca kan..hee.. :D

miss atie berkata...

memang menarik... kalo xmenarik, xbc... wah3x.. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...