Selasa, 13 Disember 2011

Jadilah suami pujaan isteri





pagi korang.. dah sarapan?? harap korang sihat dan ceria-ceria selalu k... entri pagi ni 'jadilah suami pujaan isteri' hasil pembacaan dari majalah mingguan wanita dan atie teringin nak share kat sini... Naktau macam mane ciri-ciri suami pujaan isteri?? jom bace...

Matang membuat keputusan


Tidak dinafikan kebanyakan lelaki masa kini dilihat matang sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bagaimanapun setelah berkeluarga dan memikul tanggungjawab besar, rata-rata darinya mengeluh dan seakan ingin lari dari masalah yang ditempuh. Usah begitu. Masalah adalah guru yang paling baik untuk mendapatkan hari depan yang cemerlang. Oleh itu cubalah belajar menjadi individu yang matang agar setiap keputusan yang dibuat tepat dan bermakna.


Bantu uruskan anak-anak


Suami yang baik adalah suami yang sentiasa merasa kasih dan simpati kepada isteri. Kerana itu maka kongsilah tanggungjawab bersama. Sekiranya isteri sibuk di dapur maka ringankan tulang untuk memandikan anak atau memantau mereka membuat kerja-kerja sekolah. Bukankah lebih bahagia?


Pakar dalam banyak perkara


Sebutlah apa sahaja, suami dengan segera akan memberikan jawapan biarpun ada kalanya jawapan yang diberikan tidaklah setepat mana. Isteri pastinya kagum dengan ‘kebolehan’ suami tercinta.


Tegas dan berpendirian

Seorang suami akan lebih dihormati sekiranya ada ketegasan dan pegangan dalam hidup. Apabila mendengar sesuatu perkara, suami dengan segera akan mencadangkan sesuatu yang lebih baik berdasarkan dari apa yang di fikiran. Bukan niat membantah tetapi memberi pandangan agar perkara yang ingin dilakukan berjalan lebih lancar dan sempurna. Tidaklah seperti lalang yang hanya akan meliuk lentuk apabila diterbangkan angin.


Ringan tulang


Kalau masa bujang dahulu, boleh dikatakan hampir semua perkara dilakukan sendiri. Dari memasak, membasuh pakaian hinggalah kerja-kerja mengemas rumah, semua ditanggung beres. Tetapi setelah mendirikan rumah tangga, isteri mengambil alihnya. Janganlah begitu.
Ringankan tulang membantu isteri yang kepenatan mengurus itu dan ini. Sekali sekala, bantulah isteri walaupun hanya membasuh pinggan di dapur. Tentu ada yang tersenyum gembira melihatkan perubahan dari suami pujaan hatinya.


Seimbangkan ilmu dunia dan akhirat


Sedarlah bahawa tanggungjawab suami tidak hanya mencari nafkah untuk keluarga bahkan perlu memastikan isteri serta anak-anaknya mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Justeru, kemahiran ilmu agama perlu ada dalam diri setiap suami.


hehe... memang betul-betul suami pujaan la kalo cam ni... sape tak nak kan?? hehe.. semoga kita semua ditemukan dengan yang terbaik buat kita semua.. memang semua orang tak sempurna, mungkin itu hikmahnya kita ade pasangan untuk saling melengkapi... betul tak??


sumber: Majalah mingguan wanita..


1 ulasan :

Zul De Alexis berkata...

insyaAllah semoga sm jadi suami yg terbaek untuk isteri sm nanti..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...