Opppsss, i'm single ok... 'Suami aku ustaz' hanyalah tajuk koleksi novel terkini atie... huhuhu... Novel ni baru je sampai semalam kat tangan atie... boleh tak bile posmen hantar barang, atie jadi blurr... ape ni?? lupe sebenarnye ade beli novel... hahaha...
novel ni atie x habis bace lagi... nanti atie hupdate best ke tak k... tapi, dari komen-komen orang lain yang dah bace memang cakap best...
nak beli novel online??? boleh beli kat SINI... macam-macam novel terbaru ade kat ctu dan servis pon memang ok.. ^_^
Sinopsis novel: Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?"kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah."Yang menjadi masalah buat Alisa apabila "TIDAK" bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? "Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang paling popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk 'kelab peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak?Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula. Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?"CUma aku harap, kahwin ini bukanlah bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well."Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan