Sabtu, 20 April 2013

Cara-cara nak keraskan awning tudung


Haha. Gelak dulu sebelum teruskan taip entri. Bukan apa, atie tak tau nak gunakan perkataan yang sesuai untuk jadikan tajuk entri. hihi.

Entri ni khas untuk tudung yang awning dia lembut. Contoh tudung bawal yang sangat lembut / shawl. Maksudnya nak bagi bahagian muncung depan tu sedikit keras supaya mudah untuk dibentuk la. Ada sesetengah tudung bawal yang kainnya sangat lembut. Seperti tudung bawal kat bawah ni. Ada logo macam bendera jepun. Orang selalu panggil bawal jepun. Kain dia sangat lembut. Tapi atie suka kain bawal ni, cuma bila part nak muncungkan awning tu jadi sedikit mencabar la.


So, atie jumpa penyelesaian kepada masalah ini, iaitu menggunakan Fabric Starch. Kat tempat atie harga sebotol ni RM7.50. Lama jugak nak habiskan sebotol ni. Atie guna dah dekat setahun tak habis-habis lagi. Ye la, kita hanya guna untuk tudung yang betul-betul lembut je kan. Bukan guna untuk setiap helai tudung.


Spraykan Fabric Starch ni dekat bahagian awning tudung yang kite kehendaki. Contohnya, kalau tudung bawal tu kita bentuk kan setiga dahulu, tandakan bahagian awning tudung. Kemudian spraykan bahagian tersebut. Dah siap spray, ironkan balik bahagian tersebut.

In sha Allah, awning tudung bawal / shawl korang akan lebih mudah dibentuk. Kalo shawl tu, xde la melekap kat dahi.. ^_*

Susah la nak terangkan. hihi. Tak faham boleh tanya ye.. Jumpa lagi di lain entry. ^_^

3 ulasan :

jaakechik berkata...

tengkiu share tips yg bagus ni. mmg kdg2 tudung bawal ni susah sikit nak pakai sebab awning dia kdg2 x betul..hehehe...

Artie berkata...

Kena tengok juga kain jenis bawal apa digunakan. Kalau betul² kain jenis cotton voile Japan memang tiada masalah. Tapi yg bawal kenis murah² tu kebanyakan Artie tengok kainnya lembik 😥. Ada kami share jenis kain dimaksudkan di blog kami disini Warna Tudung Bawal

eitra berkata...

Guna lilin tu biasa dah, senang ada saja stanby kat rumah kan... kami ada share cara hilangkan bekas lilin pada tudung dengan kertas A4 sahaja. Mana lah tahu time2 emergency boleh mencuba ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...