Jumaat, 19 April 2013

Review: Obuse candy lip tint


Selamat pagi Jumaat. Confirm ramai yang kerja dengan penuh semangat hari ni. Biasa la, hari jumaat. hehe.

Atie nak review sikit tentang candy lip tint yang atie beli dari kawan atie minggu lepas. Biasa la zaman k-pop ni, semua barang dari korea memang sangat mendapat sambutan. Atie pun tak terlepas untuk mencuba.


Ini adalah obuse candy lip tint tu. Atie ingatkan saiz dia mungkin sebesar duit dua puluh sen. Nampak dalam gambar / seller lain jual nampak macam besar je kan. Tapi realiti nya, ia sangat la comel. Mungkin besar sedikit daripada duit sepuluh sen. 

Apa yang atie suka tentang lip tint ni adalah, dia tak melekit. Sapukan sikit je pada bibir dan cepat lekapkan ke dua-dua bibir. Kalo lambat nanti dia akan nampak macam bertompok. Lekapkan bibir dan cepat-cepat ratakan. Kemudian dia akan kering. Tak rasa macam pakai ape-ape pun. Kalau yang suke lembabkan bibir tu, boleh la sapukan lip balm pulak kan. ^_^


Atie pakai obuse candy lip tini no 3 kalau tak silap, pink in colour. Tiba-tiba boleh lupa.. hehe.. Atie pakai ni tak terlampau terang, kalo nak lagi terang warna dia pun boleh. Alhamdulillah, atie berpuas hati dan suka pakai lip tint ni.. Lepas ni nak cba tony moly pulak la.. ^_*

1 ulasan :

jaakechik berkata...

comelnya. nampak berseri dan lembab jer bibir tuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...