Rabu, 22 Mei 2013

Berita kematian

 

Semalam, lebih kurang pukul 11 malam atie di kejutkan dengan pemergian seorang adik ni. Setiap hari dia akan datang ke tempat kerja atie kalau tak de aktiviti di sekolah. Kecik lagi, baru darjah 2. 

Ya, Allah lebih menyayanginya. Siapa sangka, hari ahad lepas lepas balik dari tempat keja atie dia kemalangan. Basikal, bertembung dengan motorsikal. Atie tak pasti sangat cerita sebenar, tetapi menurut sumber-sumber yang boleh di percayai adik ni tak mengalami keceraan / luka luaran, cuma ada benjol di kepala.

Di kejarkan ke hospital sibu, menjalani pembedahan pada petang isnin, dan semalam akhirnya dia pergi buat selama-lamanya. Moga ayah dan ibu serta keluarga pada adik ni tabah menghadapi dugaan ni. Allah lebih menyayanginya.

Rasa macam baru je lagi dia datang ke sini. Tak sangka, hari tu merupakan hari terakhir dia bermain kat sini. Moga adik tenang di sana. Al-fatihah.. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Tak kira tua / muda, bila ajalnya sampai tak kan lewat walau 1 saat pun. 

1 ulasan :

Nana Liena berkata...

la sedihnya..yang hidup suatu hari nanti akan pergi juga...al-fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...