Khamis, 23 Mei 2013

Pengalaman beli barang di Groupon

 

Entah kenapa semalam, gatal tangan nak beli Shake n Take. Google punya google tengok Groupon ada jual. Tanpa berfikir panjang, atie pun terus beli ja. Dah siap bayar semua, baru terfikir 'eh, groupon ni boleh percaya ke?'. Sebab sebelum ni pernah terbaca masalah yang di hadapi bila beli barang secara online ni kan. Sebelum ni, atie biasa beli dari penjual-penjual di facebook je. Ni kira pengalaman pertama beli dengan Groupon.

Dah siap buat payment semua, baru terhegeh-hegeh nak google, baca pengalaman orang yang pernah beli dengan Groupon. Alhamdulillah, setakat yang atie baca semalam semua memberikan jawapan yang positif. Barang akan sampai pada tarikh yang di janjikan. kalau lambat pun, maybe sehari / 2 hari je.



Untuk shake n take yang atie beli semalam, barang di janjikan akan sampai pada 12 Jun 2013. So, kita tunggu dan lihat lah ya sama ada barang akan sampai pada tarikh yang dijanjikan / tak nanti. In sha Allah, nanti atie update.


Shake n take. Konon-konon rajin n bersemangat nak buat jus / ice blended ke nanti kan. Saiz die kecik je ni. Untuk sorang minum ok la kan. hihi. Kat Groupon harga dia RM58 free postage. Atie tengok orang jual kat facebook harga dia RM65 tak termasuk postage lagi.

So, harap-harap barang akan sampai seperti yang di janjikan lah ye.. Sape ade pengalaman beli kat Groupon, jom share kat sini...

daaa..

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...