Sabtu, 25 Mei 2013

3 layer tea


Salah 1 minuman kegemaran atie bila pergi kedai makan. 3 layer tea / teh C special. Minggu lepas atie dah beli pati untuk buat 3 layer tea, so kat rumah pun dah boleh minum.


yang ni perisa gula apong.. 1 lagi ada perisa pandan. Tapi atie lagi suka yang ni. (Tiap kali ambik gambar mesti parkinson.. haha)



Panas-panas terik semalam, sempat bancuh 3 layer tea. Sejuk je masuk anak tekak. Nampak tak layer tu? kira nampak la kan. hihi.

Mudah je cara nak buat 3 layer tea ni. Mula-mula masukkan pati gula apong tu, xyah banyak-banyak sebab manis. Seterusnya, masukkan ais ketul. Dah masuk ais, masukkan susu cair, tuang slow-slow je. dan dia punya sukatan tu atie main agak je. Last sekali masukkan air teh (air teh ni kena bancuh awal la, pastu sejukkan dulu. Teh sahaja ok, tak perlu bubuh gula).

Nak minum, boleh la di kacau semua sekali sampai betul-betul sebati. Pastu boleh la minum. Memang holiao..

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...