Jumaat, 10 Mei 2013

Review: Tony Moly Lip tint & Tomatox


Bajet nak jadi retis korea hokey. Barang yang di cuba pun semua dari korea. Atie baru je beli tony moly lip tint ngan tomatox ni dari sorang seller online. 


Tomatox: RM1 per paket

So semalam menggedik la kita mencuba kan. So far, tomatox ni sangat la wangi. Best bau die, relaxing je. Cara nak pakai, sapu penuh kat muka. Tapi jangan la sampai masuk ke mata ya. hehe. Elakkan mata dan mulut la. Dah tepek-tepek kat muka, dah jadi macam orang pakai tepung gomak, kita biar je sampai kering. Sambil-sambil tu boleh la update status kat FB ke. Tomatox ni dia tak menegang macam kita guna mask lain tau. So, rilek je la. Tak yah fikir, sakit nak menarik ke ape. 

Dah kering, boleh la di cuci. Atie, just cuci ngan kapas muka je + air suam yang memang dah ready kat dalam bilik. Bukan apa, nanti kalau cuci pergi dapur tak pasal-pasal terserempak ngan mak atie ke, tak ke terkejut plak dia nanti. haha. So, lap je la ngan kapas muka dan air suam sampai bersih. Lepas tu rasa lembut je muka ni. Wah, rasa macam berada di awang-awangan.. haha


Tony moly: RM8 (promosi time tu)

Gambar sedikit blur, tangan jadi parkinson time snap gambar.. hihi..Yang kecil molek ni sape tak kenal kan. Sangat popular sekarang. Atie je yang ketinggalan. Lip tint ni pun best. Cepat kering, kat bibir rasa macam tak pakai pape pun. Sebab dia cepat sangat kering. So, time pakai tu cepat-cepat ratakan dekat bibir tau, kalo tak nanti dia jadi macam bertompok-tompok. 

Bagi yang suka bibir nampak lembab tu, boleh la apply lip gloss plak lepas pakai lip tint ni. Yang tak suka pakai lip gloss, boleh je terus apply lip tint sahaja.

Sekian..

*Gambar semasa pemakaian tak di sertakan. Segan aihh nak tunjuk.. hehe..

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...