Rabu, 15 Mei 2013

TTT KDB & GMBO

 

Selamat pagi. Apa khabar? Harap-harap semua nya sihat dan ceria la pagi ni kan. ^__^

Semalam atie telah menghadiri TTT (Train The Trainer) untuk program KDB (Klik Dengan Bijak) dan GMBO (Get Malaysian Business Online). So, atie akan jadi trainer untuk kedua-dua program tersebut. Rasa macam ilmu tak cukup lagi ni nak ngajar orang. hukhukhuk.

Secara ringkasnya untuk program KDB, ianya adalah program untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna internet. Do & dont's ketika melayari internet. Peserta akan didedahkan kepada risiko-risiko yang mungkin mereka akan hadapi sekiranya tidak beretika ketika munggunakan internet. Ya, kita semua tahu internet ni boleh di ibaratkan macam pisau pelbagai guna. Jika digunakan untuk kebaikan dan secara beretika ia akan mendatangkan banyak kebaikan, jika sebaliknya maka banyak keburukan yang kita sendiri tidak jangka akan berlaku. 

Manakala GMBO pula adalah program untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berniaga secara online. Ianya adalah 1 inisiatif oleh google Malaysia yang dilancarkan dengan sokongan SKMM, .my domain registry dan Itrain Malaysia Sdn Bhd untuk membantu 50, 000 sektor industri kecil dan sederhana di Malaysia untuk memulakan perniagaan dalam talian.

Untuk keterangan lanjut tentang GMBO, Klik SINI. Syarat-syarat kelayakan semua ada kat situ.

Segalanya mungkin dengan jalur lebar. :)

Daaa...

2 ulasan :

PinKy MoMMa berkata...

internet harus digunakan ke jalan yang bagus..utk bisnes ke..utk berkongsi ilmu ke..jgn stalk orang sudah la hahaha..psiko pulak kan..

RynaHakimi berkata...

wah...good entry..menarik GMBO tu..akak pun nak try jgk online biz ni..maklumla suri rumah..nk tambah income family :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...