Rabu, 28 Ogos 2013

Nasi lemak oh nasi lemak

 

Semalam atie cuti, so sempat la masak nasi lemak ni... Walaupon tak secantik nasi lemak orang lain, Alhamdulillah ada la jugak rasa nasi lemak kat situ... hihi

Untuk nasi lemak ni, atie gunakan beras basmathi. Cara masak nasi dia sama je macam masak beras biasa. Kalo sukatan 2 cawan nasi, santan atie letak 2 cawan setengah. Masukkan garam sikit dan daun pandan.

Untuk sambal pulak, resepi atie mudah je..

2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih ,sedikit halia, sedikit ikan bilis  (blenderkan)

Tumis minyak, masukkan bahan yang dah di blender, tumis hingga naik bau. Masukkan cili boh dalam 4 sudu, tumis hingga kering. Masukkan sedikit bawang besar. Masukkan gula, dan garam. Dah cukup semua rasa, boleh la tutup api..

Goreng ikan bilis, ayam goreng tepung, telur goreng dan boleh di makan...

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...