Sabtu, 14 September 2013

Home made lasgna

Assalamualaikum..




Setelah berhempas pulas, bersusah payah carik resepi lasagna ni menggunakan en google, semalam atie nekad jugak nak laksanakan misi ni.. Bukan 1, 2 @ 3 blog yang atie refer tau, maybe lebih daripada 10 blog masakan. Kebanyakan resepinye sama je. Ada la yang lain sikit. Bukan ape atie kena refer banyak resepi, atie nak pastikan first time buat terus jadi. Almaklum la, bahan-bahan untuk membuat lasagna ni bukannya murah kan. So, kalo bole nak terus jadi, tak la membazir.

Bagi atie buat lasagna ni memang nampak renyah. Tapi sebenarnya, senang je.. cuma baha-bahan je nampak banyak + peralatan nak digunakan pun agak banyak. so, kena rajin la nak membasuh nya nanti.. hihi..

Jom, terus pada bahan-bahan dan cara membuat la-za-ni-ya. Resepi ni memang 100% yang atie guna k. Tapi boleh di ubah ikut tekak masing-masing.

Instant lasagna - celur dalam air mendidih + minyak sikit + garam sikit. Atie guna dalam 6 keping cam tu. Susah tau nak dapat instant lasagna ni, Azril kirim dari KL baru dapat.. hihi

Inti daging:

1. Daging cincang 400 gram
2. Cendawan butang 1 tin
3. Tomato puree 3 sudu makan (kalo nak lagi masam, boleh tambah lagi.. Ada yang guna 1 mangkuk dan ada juga yang guna sos prego. ikut tekak masing-masing la ye)
4. Sos cili 2 sudu makan
5. sedikit garam
6. sedikit gula
7. sedikit black pepper
8. bawang besar
9. bawang putih

Tumis bawang besar + bawang putih sampai naik bau. Masukkan daging cincang, masak sampai daging bertukar warna, agak-agak putih sikit. Masukkan tomato puree, sos tomato. Gaul. Masukkan cendawan butang. Agak-agak dah masak, perasakan dengan garam / gula + black pepper. Siap.

Sos putih:

1. 2 - 3 sudu mentega
2. 2 - 3 sudu tepung gandum
3. 1/2 buku cheddar cheese
4. 500 ml susu fresh milk (ada resepi yang guna 250 ml je, tapi atie prefer guna 500 ke 600 ml)
5. sedikit garam

Guna api slow je.. cairkan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau. Masukkan fresh milk. Kacau lagi. Masukkan cheddar cheese. Kacau dan tunggu hingga cheddar cheese cair. Masukkan sedikit garam. *cheddar cheese pun dah agak masin, so garam jangan banyak sangat ye. Gaul sebati. Tutup api. *jangan masak lama sangat. Sebab sos putih akan lagi pekat bila dah sejuk.

Topping:
Mozarella cheese

Masa untuk melapis:

1. Atie letak mentega sikit dekat loyang. Konon-konon tak nak bagi kulit lasagna nanti melekat bila dah masak. (nak ikut bole, xnak ikut pun bole.. hihi)
2. Letakkan kepingan lasagna yang dah di celur tadi sampai menutupi permukaan loyang.
3. lapiskan pulak dengan inti daging. Sampai tak nampak dah kepingan lasagna tadi.
4. lapisan ketiga, letak sos putih sampai menutupi lapisan daging.
5. Parut kan sikit mozarella cheese.
6. Ulang step ni sampai habis. kepingan lasagna > inti daging > sos putih > mozarella.
7. Pastikan lapisan atas sekali adalah sos putih dan parutan mozarella cheese.
8. Bakar dalam oven (ikut kesesuaian suhu oven masing-masing) dalam 30 - 40 minit. Guna api atas bawah. Agak-agak cheese kat atas tu dah bertukar perang, SIAP.

Yang atie boldkan tu antara step utama proses untuk membuat lasagna ni.. hampir terlupa, kalo ade oregano pun bole letak. Tapi kat sini takde, so atie tak letak.

Alhamdulillah, rasa sedap dan memuaskan hati orang yang masak ni. Cuma atie nasihatkan, kalo nak buat lasagna ni buat la time famili tengah berkumpul ke. Baru best, cepat je habis. Selain tu dapat la jugak buat amal jariah, bagi lemak-lemak tu kat orang lain. Kalo kite sorang je makan, kesian lemak semua bertempek kat badan kita.. hohoho... hancur misi diet ku.. hihi..

selamat mencuba.. ^_^



posted from Bloggeroid

2 ulasan :

husna zahidi berkata...

nyum..nyum..sedap nmpak..
bak sikit..hehe..

Ayu Zan berkata...

Peh! Lama xmkn lasagna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...