Selasa, 10 September 2013

Kuih ipok

Assalamualaikum..

Minum petang hari ni atie buatkan kuih ipok. Kuih ipok ni resepi orang lama. Kali ni kira pertama kali atie buat tanpa bantuan mak atie. Sebelum ni tengok je..





Bahan utama ialah ubi. Ubi di rebus sampai empuk. Dah rebus dan empuk, lenyekkan ubi tu. Atie guna lesung batu. Ketuk-ketuk je. Lepas tu bentuk kan bulat (ala-ala buat karipap).. Kalo ubi tu melekat sangat gunakan sedikit tepung supaya ubi tu tak melekat sangat. Inti dia atie gunakan gula je. Ada orang suka kan inti gula dan kelapa, tapi atie kurang suka. So letak je la gula.

Dah siap bentukkan macam karipap, bolehlah di goreng dengan api kecik je. Dah kekuningan, angkat dan boleh di makan..





Alhamdulillah, kenyang makan kuih ipok.

posted from Bloggeroid

3 ulasan :

Ayu Zan berkata...

ooo.. ipok.. pirst time tau.. ayu tau ubi getok je..

RynaHakimi berkata...

Resepi org dulu2 memng sedap kan..makan panas2,tambah pula musim hujan ni memang terbaikkk!!

lizz berkata...

waa sedapnyer...1st time dengo nama kuih ipok ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...